BELUM pun setahun usia perkahwinan mereka, namun rumah tangga pasangan selebriti Halle Berry dan Olivier Martinez dikhabarkan mula goyah. New York Daily News melaporkan, hubungan keduanya mulai renggang akibat sibuk dengan jadual masing-masing. "Berry sibuk dengan penggambaran Filem Extant di Los Angeles manakala Martinez terikat dengan siri drama Revenge. "Kedua-duanya juga jarang muncul di depan publik sejak Disember lalu, malah Berry tidak memakai cincin perkahwinannya di pentas Oscar lalu. "Begitu pun, Martinez dilihat masih lagi memakai cincin perkahwinan mereka," kata sumber. Bagaimanapun, juru cakap Berry, Meredith O’Sullivan Wasson menafikan perkara itu terjadi. "Gosip ini tidak benar sama sekali," katanya. Pasangan ini 'terjebak' dengan cinta lokasi setelah bertemu di lokasi penggambaran filem Dark Tide di Afrika Selatan pada 2010. Mereka kemudiannya berkahwin pada Julai 2013 dan dikurniai putera pertama, Maceo, tiga bulan kemudian.
|
ADVERTISEMENT