BAHARU sahaja memulakan konsert jelajah, Neon Lights, pada 9 Februari lalu, penyanyi hebat, Demi Lovato, dikhabarkan telah jatuh sakit. Penyanyi berusia 21 tahun ini membuat keputusan untuk segera mendapatkan pemeriksaan doktor akibat batuk berdarah. "Sebaik bangun dari tidur, saya batuk sehingga mengeluarkan darah. Saya sangat khuatir ketika itu kerana saya sedang sibuk dengan konsert. "Namun, selepas pemeriksaan, saya rasa semakin baik dan doktor memberitahu ia hanya infeksi saluran pernafasan," katanya yang enggan membatalkan konsert seterusnya di Long Island.
|
ADVERTISEMENT