CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bas Express Terjunam Lagi

18-3-2014 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9765| Komen: 51

SEBUAH bas ekspres yang menghala ke utara dipercayai terjunam ke dalam gaung dekat Gua Tempurung di Lebuh Raya Utara Selatan.


GOPENG - Seorang pemandu bas maut manakala dua penumpang parah apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung sedalam hampir 10 meter di Kilometer 301.5 Lebuhraya Utara-Selatan laluan ke utara, berhampiran Gua Tempurung di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Hasmir Arshad, 43, dari Bercham, Ipoh, maut di tempat kejadian.

Dua penumpang, Mong Ming Chai, 48, dan Farahzela Zainal Abidin, 27, masing-masing dari Salak Utara, Kuala Kangsar dan Kampung Jalong, Sungai Siput parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Ng Kong Soon berkata kemalangan pada pukul 4.25 petang itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu cuba mengelak sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang terbabas di hadapannya.

Ini mengakibatkan bas membawa dua penumpang terbabit hilang kawalan dan merempuh penghadang tepi lebuh raya itu sebelum terjunam ke dalam gaung yang terletak kira-kira lima kilometer dari plaza tol Gopeng, katanya di sini.

Ng berkata ketika kejadian, bas itu melalui jalan lurus manakala cuaca pula baik.

Sementara itu, rakan Hasmir, Rosli Shaari, 43, berkata mangsa berpengalaman memandu bas selama lebih 10 tahun dan tidak pernah melaporkan sebarang masalah yang dihadapinya berhubung bas tersebut.

Rosli yang bekerja sebagai pemandu bas di syarikat yang sama, berkata pemandu mempunyai jadual khusus bagi kekerapan perjalanan bas setiap hari dengan satu atau dua kali perjalanan sahaja.

"Bas sentiasa diselenggara dari semasa ke semasa di kawasan bengkel di Simpang Pulai. Saya mengenali Hasmir lebih enam tahun dan dia mempunyai seorang isteri dan tiga anak yang kini tinggal di Medan, Indonesia," katanya.

8

Bagus

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mala0n 17-3-2014 05:45 PM
innalillah. ada casualty?

harap semua selamat. ni sbb jerebu ke sbb ujan?
Quote mak_wa95 17-3-2014 05:49 PM
Innalillahi wa innailaihirajiun....kemalangan lagi..
Quote ultra78 17-3-2014 05:50 PM
Tragedi lagi. Musibah tak putus

Quote duniaku85 17-3-2014 05:59 PM
isk3..mcm2..flight blm jmpa..bas pulak yg terjunam..ada passenger tak ni?
Quote harkktuih 17-3-2014 06:04 PM
Sorg maut..2 parah..
Quote TuntungReturn 17-3-2014 06:11 PM
gomen smpai skang x mewajibkn bus pkai tali pinggang.sepatutnya kene buat dah.klo jtuh cm ni.tehumban penumpang..
Quote Qissya2014 17-3-2014 06:16 PM
Innalillahi wa innailaihirajiun....
Quote cmf_premierleag 17-3-2014 06:18 PM
Satu2 musibah yg hisham pondan kene jawab selaku pemangku menteri pengangkutan
Quote edoraixora 17-3-2014 06:20 PM
Eksiden dgn memde...terbabas sendiri ke hape
Quote freebird 17-3-2014 06:30 PM
pemandu dia penyokong parti mana???
Quote jofizo 17-3-2014 06:39 PM
konsortium ka......? selayaknya lah.... smlm naik moto 140 follow sebijik konsortium, x terkejar yeop.... nak tercabut enjin moto aku......
Quote Artemesiaa 17-3-2014 06:41 PM
Inalillah... dah bus pulak tergolek.  Patut ke muka abg hisam cam tension je tadi.
Quote jerukkedondong 17-3-2014 06:45 PM
jofizo posted on 17-3-2014 06:39 PM
konsortium ka......? selayaknya lah.... smlm naik moto 140 follow sebijik konsortium, x terkejar yeo ...

yang pegi kejor bas tu buat apa...habis fikir dah...


Quote jofizo 17-3-2014 06:47 PM
jerukkedondong posted on 17-3-2014 06:45 PM
yang pegi kejor bas tu buat apa...habis fikir dah...

nk mencucuk la yeop....
Quote munchkin 17-3-2014 06:47 PM
mereka ni kalau bawak macam .............. isi tempat kosong. dah banyak kali tengok depan mata!!!
Quote aliem71731672 17-3-2014 06:48 PM
ADA dalam radar tak
Quote Changa 17-3-2014 06:48 PM
TuntungReturn posted on 17-3-2014 06:11 PM
gomen smpai skang x mewajibkn bus pkai tali pinggang.sepatutnya kene buat dah.klo jtuh cm ni.tehumba ...

yg kereta pun masih ramai ummah yg enggan pakai seatbelt sis.

ini soal ummah caprut ke tidak sahaja.

akak kadang2 ada naik bus shuttle ERL- LCCT, bus mmg ada seal belt dan ada tulis arahan suruh pakai seatbelt.
namun begitu kalau ada yg enggan pakai? sendiri tanggung la kan?

yg penting minda rakyat dahulu ke upgrade sis.
Quote gogo2 17-3-2014 06:51 PM
jofizo posted on 17-3-2014 06:39 PM
konsortium ka......? selayaknya lah.... smlm naik moto 140 follow sebijik konsortium, x terkejar yeo ...

Konsortium bas terbaik di Malaysia
Quote AHMADVW 17-3-2014 06:54 PM
black board di mana

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.090934 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top