CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1847|Reply: 8

'Ali Tinju' Dakwa Datuk Jamal Mahu Tembaknya!

[Copy link]
Post time 13-5-2016 10:46 AM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO






Menurut laporan The Star, Presiden Gerakan Baju Merah Mohd ali Baharom atau juga dikenali sebagai Ali Tinju telah membuat laporan polis semalam berikutan beliau mendakwa Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mengugut akan menembaknya.




'Ali Tinju' berkata, dia menerima panggilan daripada Datuk Jamal pada hari Rabu sekitar jam 6.30 petang. Berikutan merasa keselamatan dirinya tergugat, maka membuat laporan polis dan mengharapkan pihak polis akan ambil tindakan yang sewajarnya.




" Dia bukan sahaja bersikap kurang ajar ketika bercakap dalam telefon, malah ugut saya akan tembak saya dengan pistolnya, inilah sebab utama saya membuat laporan polis."


Tambah Ali Tinju lagi, sikap Datuk Jamal memang ego dan sombong, sering suka menunjuk-nunjuk dirinya memiliki pistol kepada orang lain, sekiranya ada sesiapa kritiknya, dia akan ugut menembak orang tersebut.




Tegas Ali Tinju, semestinya orang ramai berada dalam situasi yang cukup merbahaya sekiranya orang macam Datuk Jamal memiliki pistol,  jadi saya menyeru kepada Ketua Polis Negara tarik balik lesen pemilikan pistol Datuk Jamal.




Difahamkan, kenyataan Ali Tinju bahawa BN akan kalah teruk jika Datuk Jamal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar menjadi punca kemarahan Datuk Jamal.




Bagaimana pun, Datuk Jamal menafikan dirinya pernah mengugut Ali Tinju apabila dihubungi pemberita.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2016 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Politician ni semua takde install call recorder apps ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 11:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jamal dapat pistol sapa bagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:35 PM | Show all posts

sekarang jugak ai carik thread tu.

kalu yu dah dah buat muka cenggitu, meaning that tered dah adeee laa tuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 02:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2016 02:40 PM | Show all posts
DayangKirana replied at 13-5-2016 02:36 PM
memang dah ade..

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=997036&extra=page%3D2

@admin6
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 02:46 PM | Show all posts
wartawan cari yg bukak tred, die bukan kire dah ade ke belum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2016 09:41 AM | Show all posts
len kali toksah bawak sampah cam ni

mende cam ni tak majukan masarakat

macam babi hutan lawan badak ka hutan so sapa pun tak wajar amik dulik...biorkan aje

kalo di beri liputan nanti depa pasan depa tu penting dalamm masarakat

kalo depa suka rela basuh jamban or kutip sampah di jalan or tampal jalan berlobang cam si botak ronaldo tuh haaaaaa

tu molek kasik tau sini untuk model oang2 suka buang masa buat keje tak pekdah seme...hoccay?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.483963 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list