CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5991|Reply: 9

Toyol Lesap Wang Penduduk Kampung

[Copy link]
Post time 11-5-2016 11:48 AM | Show all posts |Read mode




PENDUDUK Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor menjadi buntu dan kebinggungan apabila wang milik mereka ‘lesap’ dicuri saban malam secara misteri.

Anehnya, perpuluh-puluh mangsa mendakwa tiada sebarang kesan pecah masuk perompak di kediaman masing-masing.

Malahan, suspek  sering kali berjaya mengesan lokasi wang yang disimpan meskipun disembunyikan di lokasi tersorok seperti dalam almari, botol plastik, peti sejuk atau kitab al-Quran.

Memetik laporan Harian Metro, salah seorang mangsa, Muhammad Yusuf Mat Akhir, 64, berkata, kejadian itu sudah berlarutan sejak lebih sebulan lalu hingga menimbulkan keresahan penduduk selain turut mengaitkannya dengan perbuatan makhluk halus.


Bercerita pengalaman yang dialami,  mangsa mendakwa suspek yang tidak diketahui itu gemar mencuri sebahagian daripada wang milik mangsa dan selebihnya ditinggalkan begitu sahaja.

Insiden pelik ini sekali gus dikaitkan dengan kewujudan makhluk halus yang dipercayai toyol.

Meskipun ada pihak menganggap makhluk halus adalah tahyul, namun ramai juga beranggapan kewujudannya tidak boleh diketepikan.

Bagaimanapun harus diingat, manusia adalah sebaik-baik kejadian di muka bumi ini maka kita tidak seharusnya takutkan makhluk lain yang juga ciptaan Allah SWT.

Pun begitu, kes kecurian ini masih lagi menjadi tanda tanya penduduk berkenaan.



sumber berita : Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 11:59 AM | Show all posts
ni makhluk belaan indon caprut pemalas nk kerjala ni...
kalau aku dapat tangkp toyol ni siapla owner dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Try simpan duit dalam uncang kain yg dicucuk dengan jarum peniti. Uncang kain tu  yg org isi bunga telur tu...cucuk skali duit dlm uncang tu dgn jarum tu..tgk brani tak toyol tu ambik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kaut dari jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 01:15 PM | Show all posts
laaaa letak la kacang hijau dalam rumah masing2. kan tu cara nak tangkap toyol.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 01:47 PM | Show all posts
sblm ni kt rumah mak aku ramai yg jd mangsa toyol...
hari2 duit hilang...kesian penduduk kt situ..
ada sorang pakcik dtg rumah mak aku utk berubat...
pakcik tu ckp tuan dia dh buat laluan utk toyol tu dtg ke rumah mangsa hari2...
org tu mmg dh aim sapa yg bnyk duit...so dia la mangsa...
mmg indon tuan dia...toyol tu dh kena tangkap pun...
letak la kacang hijau ke...ikan emas ke...toyol tu x heran...
mak aku letak duit cina semayang tokong tu pun toyol rembat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2016 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Toyol ni bukan tuan dia ajar ambik certain jenis duit ker?
Contohnya klu tuan dia tunjuk duit rm50 maka duit rm50 sekeping tu lah dia akn ambik. Sbb toyol tu lurus bendul...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 07:09 PM | Show all posts
jika duit sembanyang cina pun dia rembat hebat tu sapu bersih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Letak bulu kemaluan pada tempat simpanan wang itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut aku tengok gambar kat atas tu tgh2 malam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.199678 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list