CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6278|Reply: 29

'Smule', Aplikasi Karaoke Duet Semakin Diminati Ramai

[Copy link]
Post time 9-5-2016 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO






Menyanyi sememangnya sudah menjadi salah satu perkara yang dilakukan ramai orang untuk mengurangkan tekanan atau stres.




Biarpun suara anda mungkin tidak semerdu Yunalis Zarai, setiap teriak vokal yang dilontarkan mampu membuatkan anda lupa segala urusan dunia buat seketika waktu.




Tak hairanlah, sebuah aplikasi kini jadi kegilaan penggemar karaoke di seluruh dunia.




Sing! Karaoke merupakan sebuah aplikasi khusus yang membolehkan pengguna android atau ios berkaraoke bersama artis kegemaran atau sesiapa sahaja.




Aplikasi daripada Smule ini memerlukan pengguna menggunakan kemera di bahagian depan bagi melakukan rakaman video kendiri untuk berduet mendendangkan lagu bersama artis atau individu yang dipilih.









Lirik lagu akan dipaparkan pada layar peranti dan untuk kepuasan lebih maksima, pengguna dinasihat menggunakan plug telinga agar segala melodi sewaktu mendendangkan lagu dapat disampaikan dengan lebih berkesan.




Apa yang menarik, aksi yang ditonjolkan oleh artis-artis dalam aplikasi ini seakan live sehingga membuat pengguna merasai pengalaman seolah-olah memang sedang menyanyi secara bersemuka dengan idola kegemaran mereka.

















Antara barisan artis antarabangsa yang sering menjadi tumpuan peminat dalam aplikasi ini adalah Jessie J, Ariana Grande, David Guetta dan Charlie Puth di mana pada tahun lepas, Jessie J telah mencipta rekod apabila rakaman aksi duetnya dengan seorang peminat menjadi viral sehingga menerima 16 juta tontonan di saluran Youtube.




Jessie J turut menerima pelbagai perhargaan daripada peminat kerana dia merupakan antara artis paling mesra sewaktu mengadakan sesi duet dalam aplikasi maya tersebut.- CARI Infonet
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 01:09 PM | Show all posts
aku tak paham..
maknanya dua-dua kena online nyanyi sama waktu ke apa?
rajin la pulak bertungku tangga kat apps tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntung lerr sore sedapp~

sore makcik bak katak memanggil hujan~ hebatkan makcikk!~
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 02:05 PM | Show all posts
iols kenal smule mse tgk duet si nana GV ngn sorg mamat lelaki tu..khir bahar ke ape dh nama, sori lupe. malas nk gugel~
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 02:05 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-5-2016 01:09 PM
aku tak paham..
maknanya dua-dua kena online nyanyi sama waktu ke apa?
rajin la pulak bertungku ta ...

bukan beb..dorg dah record awal dulu dan send invite....so sapa2 nak join duet record kemudian..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 02:07 PM | Show all posts
myakayina replied at 9-5-2016 02:05 PM
bukan beb..dorg dah record awal dulu dan send invite....so sapa2 nak join duet record kemudian..

tak faham gak
maksudnya sorang nyanyi dulu pastu sorang nyanyi kemudian?
then duet cam mana?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2016 03:27 PM | Show all posts
blackwidowbae replied at 9-5-2016 01:11 PM
Huntung lerr sore sedapp~

sore makcik bak katak memanggil hujan~ hebatkan makcikk!~

bertenang  makcik ,..........bila perlu hujan ramai2 mohon makcik nyanyi ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 03:29 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-5-2016 02:07 PM
tak faham gak
maksudnya sorang nyanyi dulu pastu sorang nyanyi kemudian?
then duet cam mana ...

Huhhh


Aku pun x paham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 03:44 PM | Show all posts
esok eosk Najib perkenal cukai baru ramai saja yg xsedar sebab sibuk ketawakan org bodohkan diri dgn smule
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 9-5-2016 03:27 PM
bertenang  makcik ,..........bila perlu hujan ramai2 mohon makcik nyanyi ye

Ahaha

kelako juga nakkk HM nii~~ kikiki

kalau kemarau (na'udzubillah) seru serulah makcik yerr nakkk~~ ahahah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 09:15 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-5-2016 08:09 AM
aku tak paham..
maknanya dua-dua kena online nyanyi sama waktu ke apa?
rajin la pulak bertungku ta ...

Gini...smule ni flexible.

mu leh nanyi sorang2 then app ni akan rekod dalam server. Orang lain or org kawan2 yg mu invited dari fB or followed mu dalam app smule tu pun buleh tgk, love (mcm LIKE laa) dan comment.

then mu boleh select untuk nanyi lagu2 tu secara berduet, samada join lagu yg orang lain rekod dah atau mu nak rekod lagu sendiri then invite pulak orang lain join mu duet. Bukan berduet secara real time mcm di kedai karok tu.

Bila songs tu dinanyikan berduet, makanya ada part 1 & part 2...untuk dua orang penyanyi kan. So kalau mu pilih untuk nanyi part 1, makanya part 2 orang lain lah pulak akan nanyi nanti.

btw, awie wings pun ada dalam smule. mmg best sora abe awie...masih berbisa wohh.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kambeng_masam replied at 9-5-2016 09:15 PM
Gini...smule ni flexible.

mu leh nanyi sorang2 then app ni akan rekod dalam server. Orang lain  ...

Kna byr ek sis beng?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok Khai Bahar duet dengan Siti Nordiana.

Khai Bahar nyanyi sorang sorang pun sedap.
Pendek kata Khai Bahar ni nyanyi lagu apa apa dekat Smule tu sedap. Janji yang duet dgn dia tu kena suara sedap jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:00 AM | Show all posts
aku tau smule ni pun lepas Nana join haha {:
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:49 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 9-5-2016 09:15 PM
Gini...smule ni flexible.

mu leh nanyi sorang2 then app ni akan rekod dalam server. Orang lain  ...

oooo... baru paham.. tq beng atas penjelasan yg cukup cerah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols hampir bercerai gara-gara smule

Laki sheols berduet dgn MJ mana ntah lagu cinta jiwang sampai terbawak-bawak. Even worst, smule acc tak boleh delete.

Apps ni bagus utk release tension tapi bila dah berlebih lebih, susah jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ironi sangat sis, subscribe vip tuk android kok lagi murah berbanding iphone. Mahal berganda2 okay!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
lilydandelion77 replied at 10-5-2016 03:48 PM
Kawan iols hampir bercerai gara-gara smule

Laki sheols berduet dgn MJ mana ntah lagu cinta jiw ...

Ditambah lagi skang dah bergroup bagai. Lepas nyanyi tukar2 komen, kenal2 then tukar2 nombor. Bagusnya apa yang ada kat smule tu biar remain kat situ jela. Tak yah terbawak2 sangat. Naya nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 10-5-2016 06:29 PM
Ditambah lagi skang dah bergroup bagai. Lepas nyanyi tukar2 komen, kenal2 then tukar2 nombor. Bagu ...

Haa betul! Asalnya duet sama sama. Join group pastu. Masuk group whatsapp, konon nak nyanyi lagu ramai-ramai. Lepas tu personal whatsapp. Yg kesian, geng group boleh kenen-kenen pulak. Gila!

Nak karok, relax relax dah. Takyah nak sampai jatuh cinta. Dgn laki org pulak. MJ tu pun merenyam sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 12:56 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-5-2016 01:09 PM
aku tak paham..
maknanya dua-dua kena online nyanyi sama waktu ke apa?
rajin la pulak bertungku ta ...

xperlu. dah siap bagi part masing. contoh sorg start nyanyi part die. pastu sape2 nk duet masuk je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.070876 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list