CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CrowneGlory

Kesian Yazid kena maki dgn wife kesayangan amy ;Update luahan hati anak #287

[Copy link]
Post time 12-5-2016 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Xtau bleh view ke x aku tepek kt atas tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 05:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ai lamenye video,kesian tgk pengakuan abg yazit ni,smoga kebenaran akan terjawab kalau betul apa yg dikatakan abg yazit
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 02:47 PM | Show all posts
kerna duit mmg bisa bikin gaduh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2016 03:53 PM | Show all posts
teringat ada forumer komen amy sub pahala bukak tahfiz ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 11:26 AM | Show all posts
she replied at 6-5-2016 11:29 PM
Betul lah tu peghak buih...seazali kecik mmg sebut cenggitu.,62 tahun hidup

tuanya ko nyahhhh... masih nak bergosip lg... kihkih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2016 11:37 AM | Show all posts
yazit dtg dan diberi penghargaan masa konsert kurnia slam sabtu lepas.
yazit compose lagu diranting impian, dan lagu tu slam nyanyi masa konsert
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
shania88 replied at 12-5-2016 02:16 PM
Kesian kan...
maybe tu la yg dia nak sgt duit tu...lg pun memang hak dia.


Dia dpt 10k kan sbb organiser bagi asing lepas dah mula bising hal duit  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 05:27 PM | Show all posts
Edited by genUmi at 25-5-2016 05:28 PM

KUALA LUMPUR: Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman kecewa dengan kenyataan yang dibuat penyanyi sealirannya, Awie, berkenaan hubungannya dengan Yazit Ahmad.

Belaiunyang lebih popular dengan panggilan Amy ketika dihubungi Astro AWANI berkata, komen daripada vokalis Wings tersebut benar-benar melukakan hatinya.

"Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak," katanya dalam nada kecewa.

Bagaimanapun, Amy tidak menyalahkan Awie 100 peratus kerana percaya pelakon utama Sembilu itu hanya mendengar daripada sebelah pihak.

"Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," jelasnya.

Sebelum ini, portal Projek MMO melaporkan Awie atau nama asalnya Ahmad Azhar Othman menasihati Amy agar memberi lebih perhatian kepada Yazit yang juga merupakan pemain dram kumpulan Search.

Katanya, menurut portal itu, Amy adalah pemilik sekolah tahfiz tetapi mengabaikan Yazit, sekali gus memohon agar Amy membantu rakannya itu kerana ia juga adalah 'saham akhirat'.

"Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.

"Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini," Awie dipetik sebagai berkata oleh Projek MMO.

Projek MMO turut melaporkan Awie sebagai berkata, ahli-ahli Search seharusnya bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing.

Jelasnya, Yazit harus dibantu kerana pengasas kumpulan rock itu hanya menjadikan muzik sebagai satu-satunya sumber pencarian.

"Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego," katanya.

Namun, Amy pada minggu lalu menafikan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Kemelut antara Yazit dan Amy berlaku susulan dakwaan Search tidak membayar wang pendahuluan 'Konsert Search 35 tahun' sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2016 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Toke kelab malam lg ada otak dr pengasas tahfiz...camne tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 10:19 PM | Show all posts
Edited by jfq at 25-5-2016 10:21 PM

Gigih aku dgr press conference yazit.
Betul ke masa anugerah ajl plaque search ada gmbr 4 org aje. Gmbr yazit xda

Lagi satu search is a production house and all band members r board of directors. Jadi income pun yazit patut dpt walau dia x main dlm konsert. Tp pelik organiser bayar individual check sepatutnya bayar to the company
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Harus amy tertekannnnnn

Awie yg idup dalam maksiat kata org tu lebih berotak dari amy
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ade baca komen kat fb anak yazit, ex protege amy yg emy tu kata dia syg amy tp xtahan dgn wife amy lebih kurang le
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 02:07 AM | Show all posts
Selepas Banjir ialah album studio terakhir yang keluar di bawah nama kumpulan Search sebelum diumumkan bubar pada tahun 2001. Ketika ini, hanya tinggal seorang anggota asal Search, iaitu Yazid Ahmad sebagai pemain dram, setelah ditinggalkan oleh Amy, Nasir Daud, Hamzah Taib dan Noordin Taib yang menganggotai kugiran ini sepanjang zaman kegemilangannya pada 1980-an dan 1990-an. Kali ini, Ismail Mohd Ali, juga dikenali sebagai Moq, mengambil alih peranan Amy sebagai penyanyi, diiringi oleh Shah sebagai pemain gita
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 02:18 AM | Show all posts
Setelah kumpulan Search dibubarkan secara rasmi buat sementara waktu pada 2001 di mana nama "Search" tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun, Yazid, Moq, Shah & Zam tetap meneruskan aktiviti mereka tetapi dengan menggunakan nama kumpulan yang baru iaitu Rampage.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 02:22 AM | Show all posts
Sejarah Kumpulan "SEARCH"





Pada awalnya, kumpulan Search dianggotai oleh empat anak muda yang berasal dari Johor dan anggotanya terdiri daripada Yazit (drum), Hillary Ang (gitar), Memek (bass) dan Zainal (gitar dan penyanyi yang juga bekas ahli kumpulan Rampa. SEARCH ditubuhkan oleh Yazit, pemain drum bagi kumpulan Search. SEARCH ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1981. Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi. Album Search yang pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yangg telah diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal telah digantikan oleh Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass dan kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua. Amy seorang "piano tuner" telah diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary. Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudiannya telah meninggalkan kumpulan SEARCH dan tempat mereka telah digantikan oleh Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas Kumpulan Lefthanded. Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan SEARCH menjadi ikutan para remaja dengan imej artis berambut panjang dan pakaian yang menjolok mata telah menyebabkan pihak RTM bertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul dikaca TV. Kumpulan SEARCH telah menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul "CINTA BUATAN MALAYSIA". Album ini telah menjadi salah satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir. Man Kidal dan Yan kemudiannya telah meninggalkan Search untuk kembali menyertai Kumpulan Lefthanded. Tempat mereka digantikan oleh Hillary dan Nasir. Search kemudiannya menghasilkan lagu-lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi. Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary kemudiannya telah meninggalkan Search, digantikan oleh Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris Kumpulan Gersang.

Perancangan yang rapi oleh pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-SEARCH menjadikan kumpulan SEARCH begitu popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darus Salam. Kumpulan SEARCH juga telah bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama WINGS) dalam album Double Trouble yang diterbitkan oleh M.Nasir. Apabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan oleh Yan. Yan sekali lagi meninggalkan SEARCH untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded sekali lagi. Tempatnya kembali digantikan oleh Nasir. Fauzi kemudiannya menyertai Search sebagai bass, dan tidak lama kemudian Amy telah menarik diri. Search kemudiannya bergabung dengan Awie dan menghasilkan album "SEARCH & AWIE - Bikin Wilayah". Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search generasi baru untuk menghasilkan album "SEARCH, SELEPAS BANJIR". Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar - bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam). SEARCH generasi baru ini hanya bertahan untuk satu album, Selepas Banjir. Akhirnya pada 16 Jan 2001, nama SEARCH telah dibekukan dan untuk meneruskan legasi SEARCH, sebuah kumpulan baru Rampage telah ditubuhkan. Pembekuan SEARCH merupakan satu kehilangan besar bagi peminat muzik rock tempatan. Sepanjang karier mereka, SEARCH merupakan salah satu contoh terbaik bagaimana sesebuah rock band patut wujud. Setelah hampir 5 tahun berpecah, pada tahun 2004, Amy, Kid, Din dan Nasir telah bergabung semula dalam Konsert Evolusi di Stadium Merdeka dengan disaksikan hampir 50 ribu penonton yang telah menantikan aksi mereka setelah sekian lama. Namun barisan kali ini tidak menampilkan Yazid sebagai pemain drum tetapi telah digantikan oleh Lola yang pernah bermain untuk Kumpulan XPDC dan Lefthanded. Sejurus selepas penggabungan semula itu, SEARCH berhasrat untuk menghasilkan sebuah lagi album berjudul "Empire Garden". Malangnya setelah 2 tahun album yang diwar-warkan tidak dapat diterbitkan kerana masalah dalaman. Pada 2006, akibat krisis dalaman yang melanda, Din dan Kid telah disingkirkan dari kumpulan ini. Tempat mereka telah digantikan kembali oleh Hillary yang merupakan antara pengasas kumpulan SEARCH. Dengan kemasukan Hillary ini, mereka telah berjaya membuat album "Gothik Malam Edan" dalam masa 2 bulan juga pada tahun 2006 ini dengan Edrie Hashim bertindak sebagai penerbit. Album ini mendapat bantahan ramai peminat-peminat fanatik SEARCH kerana perubahan aliran muzik yang ditampilkan. Walaupun begitu, SEARCH melakukan perubahan ini kerana tidak mahu berada di takuk lama dengan sejajar dengan perubahan muzik dunia yang sudah berkembang. Sempena 25 tahun SEARCH di dalam industri muzik Malaysia, mereka ingin melakarkan satu lagi episod bersejarah dengan mengadakan konsert ulang tahun ke-25 mereka dengan kumpulan SLANK dari Indonesia sebagai penyanyi undangan. Setelah 2 kali ditunda, akhirnya tarikh konsert yang ditetapkan jatuh pada 5 Januari 2007 di Stadium Merdeka dan 7 Januari 2007 di Stadium Larkin, Johor Bahru. Malangnya, pada penghujung tahun 2006, rakyat Malaysia dikejutkan dengan banjir besar di Johor menyebabkan SEARCH terpaksa menunda konsert ini ke tarikh lain. Namun ketika saat akhir persiapan konsert sedang dijalankan, SEARCH telah bertindak menarik diri dari menjayakan konsert tersebut. Penarikan diri ini dilakukan kerana pihak penganjur iaitu Tiga Events Sdn. Bhd. telah gagal memenuhi beberapa specifikasi SEARCH yang menginginkan sebuah konsert ulang tahun yang hebat sedangkan SEARCH hanya mahu yang terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat-peminat mereka. Disebabkan SEARCH tidak mahu konsert itu disamakan dengan konsert-konsert biasa lain seperti Jom Heboh, SEARCH sanggup menarik diri dari menyertai S2 Celebration Concert yang dianjurkan oleh Tiga Event (anak syarikat TV3). Kini, Search masih lagi bergiat aktif dan Yazit telah kembali kepada kumpulan Search.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Si bini amy ni time g mintak maap kat adik hames kat kaunter bank pn bole sentap bila minah tu buat dunno & cakap itu bukan hal dia..da mmg betol la reaction minah tu. Nak soh dia salam cium tgn ke hapa? Dari situ da bole nilai tahap PR si noriz ni..
#akubukankaratshames
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 08:50 AM | Show all posts
maxim replied at 11-5-2016 07:27 PM
update @CrowneGlory

“Tuduhan Pecah Amanah Tidak Masuk Akal, Yazit Kecewakan Kam ...

Lol Yusmadi ka jadi loyar sadiqsigaraganya? Justeru, aku yaqin memang busuk di belah Amy waklu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 12-5-2016 05:03 PM

Entah nape aku rasa sebak pulak baca luahan hati yazid ni and i can feel how dissapointing he is towards bandmate dia yg lain. And baru tau yazid adalah org yg tubuhkan band search dan mengutip semua yg lain but in the end dia pulak dipinggirkan.. kesian nyee laa.. dh lama dia bersabar agaknyaa tu yg mmbuatkan dia nekad to disclose everything.

Btw, dia sakit ape eh.. fizikal je npk lemah.. tpi dia punye soul still strong.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kesempitan replied at 26-5-2016 02:22 AM
Sejarah Kumpulan "SEARCH"



Yg lagu kejoraku bersatu tu bkn nyanyian asal si amy kan. Mungkin zainal ni kot. Patut lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.080632 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list