CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5087|Reply: 20

Sarapan Ala Sepanyol? Hanya Di La Bodega, Sedap Seh!

[Copy link]
Post time 4-5-2016 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Sekali sekala merasa makanan ala-ala Sepanyol tak salah kan? Jom, nikmati waktu pagi di hujung minggu anda dengan cara ala Sepanyol.

La Bodega Tapas Bar, sebuah tempat terpencil yang popular untuk majlis kasual dan juga majlis-majlis rasmi, yang menjadi salah sebuah restoran kegemaran yang menyajikan makanan berkonsepkan budaya Sepanyol.

Malah, anda akan terkejut dengan menu yang menawarkan pelbagai hidangan Barat yang sangat menyelerakan. - CARI Infonet

Sarapan ala Sepanyol

Sepinggan lengkap sarapan ala Sepanyol amat disyorkan di sini kerana anda boleh menikmati telur kampung yang segar, dimasak mengikut kehendak anda, sama ada rebus, atau hancur.

Tebaran roti bakar Itali dengan mentega dan makan bersama dengan cendawan tumis berair, kentang confit, asparagus, ayam belanda chorizo dan sosej ayam yang boleh dinikmati hingga tak boleh dilupakan.

Kepada penggemar daging lembu, anda boleh memilih untuk menukar sosej ayam kepada bacon daging lembu sambil menikmati cendawan tumis bermentega.

Telur Benedict dengan Smoked Salmon

Telur Benedict bersama Smoked Salmon adalah pilihan yang tepat untuk anda yang mementingkan makanan yang sihat, dengan potongan ikan salmon yang tebal dan disalai empuk. Dihidangkan bersama roti bakar dan  telur rebus bersama sos mentega Hollandaise yang sememangnya lazat.

Champinones al Ajillo


Selain menu sarapan lewat pagi, anda juga boleh memilih untuk menikmati hidangan tapas panas - Cendawan butang saute dengan mentega, bawang putih dan pasli. Kaya dengan kuah mentega dan lapisan cendawan butang yang hanya cair di dalam mulut. Dihidangkan bersama roti rangup, antara satu hidangan yang elegan dan mudah untuk dinikmati bersama rakan-rakan anda.

Chocolate Volcano

Untuk pencuci mulut, nikmati citarasa yang membuatkan anda jatuh cinta dan dengan coklat gunung berapi. Sedikit kerak yang dipecahkan ke dalam cecair coklat tebal yang halus dengan sejuk dingin ais krim vanila. Antara pencuci mulut yang wajib masuk di dalam senarai.

La Bodega ini ada di mana? Restoran ini terletak di Jalan SS16/1 Subang Jaya, dan mempunyai cawangan di Pavilion Kuala Lumpur, Bangsar Shopping Centre dan Telawi Bangsar. Jom cuba!








Telur Benedict dengan Smoked Salmon




Champinones al Ajillo




Chocolate Volcano

























Kredit : www.asia-bars.com




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
geli jah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya..tengok je dah meleleh air liur..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 05:20 PM | Show all posts
OMG.. poached eggs dgn sosej tu nampak yummy...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 05:28 PM | Show all posts
Boleh le cuba utk tukar2 selera
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg kt bsc tu ke? Sesekali blh la inn.kerap2 bocor poket.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2016 08:05 PM | Show all posts
giler la....paella pon ade...ni nak kene g ni...ade sesape tringin nak blanje iollz?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 09:35 AM | Show all posts
Btw Halal ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 11:56 AM | Show all posts
apsal tak bagitahu harga skali? mesti melompat ummah tgk rege mcm makan buffet kat hotel
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Churros mereka sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 03:57 PM | Show all posts
tk reti btul nk wat poached egg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 06:26 PM | Show all posts
nampak sedap..
boleh kenyang sampai tengahari..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 11:31 AM | Show all posts
laparunnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayaq lioqqq melelehhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam tak sedap je
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 03:08 AM | Show all posts
Sedapnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2017 02:18 PM | Show all posts
portion dia kecil akak dh makan dah.. lg sedap makan ayam pecel lele
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 05:36 PM | Show all posts
heharap benedict egg dia poached cantik la... jangan bagi ala2 telur rebus lak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa ada vinos..confirm la xde sijil
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
La bodega kt area bangsar villagr tu aku pernah pasan ada pork....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.405578 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list