|
Villarreal berjaya menewaskan Liverpool pada masa kecederaan dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa di Stadium El Madrigal Stadium di Villarreal, Sepanyol pada awal pagi tadi.
Gol tunggal itu hasil jaringan pemain Adrian Lopez.
Walaupun kedua-dua pasukan saling mencari peluang untuk meraih gol, namun babak pertama ditutup tanpa sebarang mata.
Bagaimanapun, gol Lopez mengakhiri perlawanan Villarreal sebagai tuan rumah.
Lopez yang berada dekat pintu gawang begitu mudah menyambar kiriman bola daripada rakan pasukan, Denis Suarez.
Dengan kemenangan ini, Villarreal hanya perlu seri apabila bertandang ke kubu Liverpool dalam perlawanan separuh akhir kedua pada 5 Mei depan.- CARI Infonet
sumber berita: www.mstar.com.my |
|