Manila: Tujuh kepala dipercayaitebusan yang dipenggal kumpulan Abu Sayyaf ditemui di Jolo hari ini, lima jamselepas berakhirnya tempoh pembayaran wang tebusan ditetapkan kumpulan itu. Bagaimanapun, pihak berkuasaFilipina masih belum mengesahkan sama ada kepala terbabit milik empat tahananyang dituntut wang tebusan oleh Abu Sayyaf iaitu dua lelaki Kanada, seoranglelaki Norway dan seorang wanita Filipina yang muncul dalam rakaman videosebelum ini merayu keluarga serta kerajaan berusaha membebaskan mereka.
Jurucakap tentera, Major FelimonTan, berkata: “Kami masih belum dapat menyatakan kepala siapa ditemui itu.” Penduduk melihat dua lelakibermotosikal membuang beg plastik mengandungi kepala terbabit di tengah bandarJolo
Abu Sayyaf mengancam memenggalseorang daripada empat tebusan hari ini, jika wang tebusan 300 juta peso(AS$6.4 juta) setiap seorang tidak dibayar pada jam 3 petang waktu tempatan.Mereka ditawan di sebuah resort di Pulau Samal pada 21 September lalu.
Kumpulan Abu Sayyaf juga sedang menahanbeberapa lagi rakyat asing termasuk empat rakyat Malaysia dan 14 Indonesiaiaitu kru bot tunda, serta seorang Belanda dan seorang Jepun.
|