View: 951|Reply: 0
|
Polis Pulau Pinang Sahkan Lima Anggota Ditahan SPRM
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: https://2.bp.blogspot.com/
Semalam, polis Pulau Pinang mengesahkan lima anggotanya dari Balai Polis Air Itam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang berhubung siasatan kes rasuah.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes tersebut masih dibawah siasatan SPRM.
Dalam serbuan awal pagi Ahad, kesemua mereka yang ditahan dipercayai terlibat dalam rasuah membabitkan sejumlah amaun yang besar.
Sementara itu dilaporkan serbuan mengejut itu dilakukan SPRM selepas menerima maklumat daripada orang awam.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo, berkata semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung maklumat .- CARI Infonet
sumber berita : http://www.astroawani.com/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|