View: 1688|Reply: 6
|
Harimau Malaysia: Khairy Sedia Berdebat Dengan TMJ
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Selasa lalu, Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers, dilaporkan mahu berdebat dengan Khairy dan wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mencari punca dan juga penyelesaian kepada kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.
Terbaru, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Jelas Khairy, beliau sanggup berdebat dengan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sekiranya ia dapat membantu meningkatkan semula prestasi skuad kebangsaan berkenaan.
"Saya tidak tahu sama ada itu satu perkara yang baik atau tidak namun sesuatu perlu dilakukan. Seharusnya, bersemuka dan bertukar pendapat,” kata Khairy pada sidang media sebelum menghadiri majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2015 di sebuah hotel pada malam Rabu lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih belum mendedahkan tarikh dan tempat debat tersebut.
Bola sepak Malaysia menerima satu lagi tamparan hebat apabila skuad Harimau Malaysia kini menghuni ranking ke-174 dalam senarai FIFA.
Kedudukan tersebut merupakan terburuk dalam sejarah bola sepak negara selepas menghuni tangga ke 171 pada Januari dan Februari lalu.- CARI Infonet
sumber berita : http://www.astroawani.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
debat cari solusi kak bukan debat gaduh siap nak penyokong bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok apa idea tmj bole share
Yg aku agak n of debate, depa reramai g ngeteh |
|
|
|
|
|
|
| |
|