CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12331|Reply: 3

Sejarah Tarian Gamelan Yang Korang Tak Tahu

[Copy link]
Post time 13-4-2016 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Gamelan: Pengenalan, Sejarah Dan Jenis Gamelan



PENGENALAN
Nama gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi dan dibunyikan dengan cara di tabuh atau dipukul.

Alat muzik gamelan diperbuat dari perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh.

Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau “fix ed tuning”. Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel.

Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.



SEJARAH
Muzik gamelan dikatakan telah wujud semenjak T.M.1. Alat gamelan yang pertama sekali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain dicipta mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda seseuatu upacara atau sesuatu peristiwa berlaku.

Pada zaman pemenrintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunah (kiai). Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai etnik yang unik yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.


Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Dianataranya Kulintangan di Sabah, Sarawak, Berunei, Mindanao dan Celebes.


Namanya mungkin berbeza dari satu tempat ke lain tempat tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama.


Muzik gamelan Malaysia berasal dari Indonesia. Muzik gamelan dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahoit dalam kurun ke 14-15. Di Malaysia tereapat dua versi muzik gamelan iaitu gamelan Johor dan Gamelan Terengganu.


GAMELAN JOHOR/GAMELAN JAWA:
Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor.

Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil.

Alat-alat gamelan didapati digunakan bagi mengiringi Riog. Barungan dan Kuda Kepang.

Muzik gamelan dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.


Gamelan jenis ini boleh di dapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyar sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembhan istana.


GAMELAN TERENGGANU
Muzik gamelan Terengganu bermula apabila istana Pahang menerima set gamelan dari Riau-Lingga pada tahun 1800-an.

Muzik pertama kali dimainkan sempena hari perkahwinan kerabat di Raja Pahang dan Lingga pada tahun 1811.

Muzik gamelan berkembang di Pahang dalam kurun ke 19, bagaimanapun kemajuan muzik gamelan di Pahang menjadi malap dengan kemangkatan Sultan Ahamad.

Kemudian muzik gamelan tersebut dibawa ke Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Sejak itu muzik gamelan dikenali di istana Terengganu.

Dari segi tradisi, gamelan terengganu adalah tradisi istana dan hanya dipersembhakan untuk hiburan kerabat di raja dan dalam upacara istana.


Muzik gamelan Terengganu mula dibawa dari istana oleh Tan sri Moben Sheppard pada tahun 1970-an. Gamelan Terengganu ini kini banyak mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar gamelan Melayu khasnya bila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancong.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2016 02:40 PM | Show all posts
Negeri Sembilan ada Caklempong, lebih kurang macam gamelan jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 08:29 AM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 10:20 AM | Show all posts
Bodoh. Jawa mula hijrah ke tanah melayu hanya sejak zamn melaka. Majapahit pondan pula cuma jaguh kampung. Sekadar takluk bali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.413641 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list