CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2596|Reply: 3

Kencing Kotor, Apa Yang Perlu Anda Tahu

[Copy link]
Post time 11-4-2016 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Pernahkah anda mengalami masalah kencing kotor? Lazimnya ia dialami oleh wanita yang mengandung, namun lelaki juga tak terlepas daripada terkena masalah ini.


Ia turut dikenali dengan nama jangkitan saluran kencing (UTI) yang menunjukkan adanya keradangan pada saluran kencing.




Berikut merupakan petanda anda sedang mengidap masalah kencing kotor:

1.  Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.

2.  Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

3.  Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.

4.  Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.

5.  Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

6.  Demam dan seram sejuk.








Oleh itu, langkah pencegahan haruslah sentiasa dilakukan bagi mengelakkan adanya jangkitan kuman pada saluran kencing pada masa akan datang.


Berikut merupakan langkah pencegahan yang disyorkan:


1. Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

2. Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

3. Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas,

4. Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

5.Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.


(Sumber foto: Carian google)




6. Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan Napkin .

7. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

8. Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

9. Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

10.  Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan. - CARI Infonet






Sumber: Blog Ummiazalin

Comments

Useful medical info..  Post time 19-7-2016 03:04 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 07:36 PM | Show all posts
Nice info.tips yg berguna jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:31 PM | Show all posts
Info berguna. Ini merangkumi UTI, pyelonephritis dan pyelonephrosis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.095316 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list