CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1310|Reply: 1

Sokongan kaum Cina kembali kepada BN di Sarawak

[Copy link]
Post time 8-4-2016 12:23 PM | Show all posts |Read mode





Barisan Nasional (BN) diyakini akan mengekalkan penguasaan di Sarawak berikutan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata beliau melihat sendiri perubahan sokongan kaum itu terhadap Adenan berbanding sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau yakin BN mampu memenangi 60 sehingga 70 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak lama lagi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

"BN berkemungkinan dapat merampas kembali kerusi dalam bandar yang sebelum ini dimenangi DAP pada pilihan raya lalu kerana kembalinya sokongan masyarakat Cina.

"Ada perubahan daripada masyarakat Cina yang mengembalikan sokongan kepada Adenan kerana banyak persoalan dan masalah di negeri itu berjaya diselesaikan Ketua Menteri Sarawak.

"Ada tiga kawasan Cina di tempat saya, iaitu Muara Tebas, Lundu dan Sematan. Sebelum ini, saya mendapat sokongan 70 peratus di Sematan dan 68 peratus di Lundu. Saya yakin peningkatan ini kerana Adenan itu sendiri," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.




www.bharian.com.my




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 10:06 AM | Show all posts
Cina tambah banyak ni, takut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.196376 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list