CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1446|Reply: 0

Penerangan tentang ketidaksuburan lelaki

[Copy link]
Post time 1-4-2016 03:50 PM | Show all posts |Read mode
LAZIMNYA, setiap pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan pasti ingin menimang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang yang baru dibina. Begitu juga kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga, keceriaan si kecil memecah kesunyian amat diimpikan.
Tidak semua pasangan memperoleh impian untuk menimang cahaya mata dengan mudah. Malah, ada yang mengambil pelbagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Kepada pasangan yang telah setahun berkahwin dan tidak mengambil sebarang pil pencegah kehamilan, ianya boleh ditakrifkan sebagai ketidaksuburan.  Penilaian dan rawatan awal diikuti dengan pemeriksaan fizikal terutama kategori umur di bawah 35 tahun amat digalakkan agar pihak perubatan mengetahui tahap kesihatan pasangan tersebut.

Ketidaksuburan lelaki
Isu ketidaksuburan berlaku kepada hampir 20% pasangan dan daripada jumlah tersebut 30%-40% berlaku ketidaksuburan berpunca daripada pasangan lelaki.   
Adalah dianggarkan bahawa satu dalam 20 lelaki mempunyai beberapa jenis masalah kesuburan dengan jumlah kuantiti sperma yang kurang daripada air mani. Walau bagaimanapun, hanya satu dalam setiap 100 lelaki tidak mempunyai sperma dalam air mani dan keadaan ini dikenali sebagai azoospermia.

Mengenali tanda ketidaksuburan lelaki
Dalam kebanyakan kes, tiada tanda-tanda jelas untuk menunjukkan seseorang itu mengalami masalah ketidaksuburan. Pada kebiasaannya, hubungan ereksi dan ejakulasi biasanya akan berlaku dengan mudah dan penampilan serta kuantiti daripada air mani ejakulasi mungkin kelihatan normal dengan mata kasar.
Namun, ujian klinikal perlu dilakukan jika seorang lelaki itu tidak subur. Diagnosis boleh melibatkan rekod perubatan serta pemeriksaan fizikal bersama-sama dengan analisis contoh air mani. Hasil analisis jika menunjukkan tanda-tanda ketidaksuburan, pesakit akan dirujuk kepada pakar.

Punca ketidaksuburan lelaki berlaku
Antara faktor yang mempengaruhi ketidaksuburan lelaki berkemungkinan terjadi disebabkan berikut:
  • Crytorchidism (kegagalan zakar untuk berada dalam keadaan normal sejak kelahiran)
  • Kemoterapi atau sinaran radioterapi
  • Sejarah penyakit beguk
  • Pendedahan kepada bahan toksin
  • Pengangkutan sperma (Obstructive)
  • Pembedahan zakar
  • Pembaikan hernia
  • Kecacatan Reproduktif (ketiadaan vas deferens)
  • Persekitaran bekerja seperti racun perosak, logam berat, bahan kimia toksik dan radiasi
Terdapat kajian yang menunjukkan kesan merokok menyumbang kepada sperma yang kurang berkualiti. Kajian turut mendapati bahawa obesiti turut menjejaskan pengeluaran sperma yang berkualiti.

Pencegahan
Adalah lebih baik untuk tidak merokok, meminum alkohol berlebihan, jangkitan kelamin, tekanan haba dari seluar ketat dan steroid anabolik (diambil untuk membina badan atau tujuan sukan) kerana faktor-faktor ini boleh menjadi berbahaya kepada pengeluaran sperma.
Jika anda bekerja di dalam sektor yang boleh menjejaskan kesuburan anda, pakaian yang bersesuaian penting serta ikuti semua garis panduan kesihatan dan keselamatan. Ia adalah disyorkan kepada pasangan cuba untuk memiliki zuriat agar mengelak kepada pendedahan kepada bahan kimia mungkin berbahaya.

Rawatan
Teknologi bantuan reproduktif (ART) adalah antara kaedah rawatan saintifik untuk membantu pasangan yang ingin mempunyai zuriat termasuk rawatan IVF dan suntikan sperma (ICSI). ART tidak menyembuhkan atau merawat punca kemandulan tetapi membantu pasangan mencapai impian untuk hamil.
ART sering digunakan untuk membantu kesuburan. Pada asalnya, IVF telah dibangunkan sebagai teknik perubatan untuk mengatasi kemandulan wanita. Pada tahun 1993, pengenalan ICSI banyak membantu lelaki yang mempunyai jumlah bilangan  sperma yang rendah. Malah lelaki dengan kiraan sperma sifar juga boleh menghasilkan sperma dalam testis dengan kaedah ICSI.

Kaedah injeksi sperma (ICSI) ialah teknik baru yang direka untuk meningkatkan kadar persenyawaan. Selepas persenyawaan embrio yang terhasil, ianya dimasukkan semula ke dalam rahim wanita.

Kadar kehamilan untuk ICSI adalah sama dengan kaedah IVF standard dengan air mani normal. Kini, pasangan anda telah bersedia untuk menimang cahaya mata. Namun, kelancaran proses kehamilan pula bergantung kepada faktor-faktor lain seperti umur dan sistem kesihatan reproduktif wanita.
Semoga langkah-langkah tersebut dapat membantu anda mendapatkan zuriat yang diimpikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin.

Dr Mohan Raj, Perunding O & G Pakar Kesuburan Metro IVF, Klang, Selangor

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.073679 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list