CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13121|Reply: 131

Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah

  [Copy link]
Post time 25-4-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 25-4-2024 08:44 AM

"Saya minta maaf. Tidak sepatutnya saya ambil tahu atau masuk campur urusan rumah tangga orang lain."
  


Demikian kata pelakon Emma Maembong yang tampil memohon maaf atas salah faham yang berlaku sehingga dihujani pelbagai pertanyaan daripada netizen apabila dia dan adiknya, Chacha Maembong terkait dalam isu membabitkan isu kontroversi pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz seperti didedahkan oleh wanita dikenali Sarah Yasmine.

Enggan mengeruhkan isu dirinya yang didakwa memburukkan isteri Aliff iaitu Bella Astillah, Emma tampil memuat naik video penjelasan di Instagram bagi 'membersihkan' namanya daripada menjadi sasaran netizen.

Mengakui ada menghubungi Ruhainies bagi mendapatkan kepastian mengenai khabar angin membabitkan Bella dalam kalangan kru belakang tabir, Emma bagaimanapun menegaskan dia tersilap langkah apabila bertanyakan perkara itu kepada Ruhainies kerana ingin diketahuinya.


"Betul saya ada berbual dengan Ruhainies mengenai cerita yang saya dengar fasal Bella. Antara Ruhainies dan Bella, saya lebih rapat dengan Ruhainies kerana  kami sering berkongsi masalah bersama. Jadi, apabila ada orang bercerita fasal Bella, saya pun terus 'voice note' Ruhainies dan bertanyakan khabar angin itu.

"Apa yang saya katakan adalah satu pertanyaan selepas mendengar orang di set bercakap (mengenai Bella). Saya tidak fitnah, mengutuk atau menyebelahi mana-mana pihak. Bagi saya, tidak manis kalau saya bertanya perkara itu kepada Bella dalam situasi yang dihadapinya waktu itu, jadi saya tanya Ruhainies.

"Saya akui ia adalah silap saya kerana sibuk bertanya. Bagaimanapun 'voice note' saya itu tiba-tiba sudah sampai di tangan Bella. Kebetulan, ketika itu saya dapat bercakap dengan Bella dan menjelaskan perkara sebenar. Saya pun ada cakap nak jumpa Bella, tapi tiada rezeki.

"Bella pun sudah jelaskan mengenai persoalan yang berbangkit itu kepada media. Saya minta maaf kepada semua atas salah faham yang terjadi. Perkara ini tidak akan jadi begini kalau saya tanya terus kepada Bella, walhal cara itu lebih baik,"katanya.

Menurut Emma, sebab utama dia memilih untuk bertanya cerita yang berlegar di set penggambaran mengenai Bella kepada Ruhainies kerana hubungannya dengan Bella hanya sekadar rakan dalam industri seni.

"Sepanjang saya sibuk menjalani penggambaran, kes Bella memang tular dalam kalangan kru produksi. Ramai yang bertanya mengenai kisah rumah tangganya, tapi saya tegaskan yang saya tidak tahu-menahu.

"Jadi ketika mendengar cerita mengenai Bella, ada pelbagai cerita yang timbul dan pelbagai versi. Masa saya dengar pun saya rasa kasihan terhadap Bella. Sudah tentu sebagai wanita saya tahu kesakitan yang dilalui itu.

"Tapi ketika berborak dengan kru produksi, ada pula cerita di sebaliknya membuatkan saya tertanya-tanya. Saya kenal dengan Bella dan Ruhainies. Hubungan kami baik-baik saja, tapi antara saya dan Bella, kami hanya rakan dalam industri dan sering berjumpa di acara hiburan saja berbanding Ruhainies yang saya lebih rapat,"katanya.

Terdahulu, wanita dikenali Sarah Yasmin yang mendakwa 'kekasih gelap' kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya enggan berdiam diri apabila terus memuat naik perbualan Ruhainies dengan Aliff di aplikasi WhatsApp.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah nama pelakon Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong turut terpalit dalam perbualan antara mereka.

Menerusi perbualan itu, Ruhainies mendakwa Emma baru menghubunginya dan Chacha pula mendakwa kenyataan Bella seolah-olah ingin menyelamatkan diri, selain orang bodoh saja yang akan mempercayai kenyataan dibuatnya itu.

www.hmetro.com.my/rap/2024/04/1083462/emma-maembong-mohon-maaf-tersilap-langkah-voice-note-ruhainies

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 09:07 AM | Show all posts
minah ni kan tak reti baca
boleh guna ke statement beliyau
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu penting nya sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko retis pon sibuk membawang.alin kali sign in porom carik jadik acik porom..tak de sapa kenal..tapi jgn membawang pasal presiden wanita ..nanti dia korek ip ko
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
mari kita selak kain kembomg dan hubsbaby pulak. dah dia sibuk kepoh hal orang lain kan... katanya kembong ni open marriage
dan saling tukar pasangan betul ke teww
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:23 AM | Show all posts
jalfa replied at 25-4-2024 09:14 AM
Ko retis pon sibuk membawang.alin kali sign in porom carik jadik acik porom..tak de sapa kenal..tapi ...

sib baik ko bagitau awal.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak mcm runi banyak pegang masalah rakan retis....

Jaga² ema.. kot pasni u kena cari laki u kat rumah runi pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku faham je emma ni.. tapi maknanya emma baik ko jgn percaya si kemut tu lah. Sah² lah dia yg sebabr voice note ko tu. Nampak sgt kemut tu tak boleh di percayai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 09:31 AM | Show all posts
too late la..ko mintak maaf kat sapa?
ko bukan bersalah kat netz pun...
mtk maaf dgn bella sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la kepoci sgt..kan dah mendapat.. lesson learned! Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:34 AM | Show all posts
Saya menyedari ini, Emma ... tetapi maksudnya sangat baik, Emma; jangan terima kemut tu. Dialah yang mencipta nota suara saya. Saya tidak percaya betapa mengerikannya itu.
                                                        slice masters
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:37 AM | Show all posts
jalfa replied at 25-4-2024 09:14 AM
Ko retis pon sibuk membawang.alin kali sign in porom carik jadik acik porom..tak de sapa kenal..tapi ...

hahaha tula sesame retis pon curious juga. dorang ni same je mcm kita2 kat ofis kita2 atau di mana2 saje. tulah, better yemma sign up sini, banyak terus dapat tau.

oh yeke kalu presiden tu dia boleh korek? mcm dia korek sape tu mastura aritu la eh.. gila takde keje ke apa nak tau sape membawang dia.. trima jela mmg sume retis akan dibawangi netizens..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:39 AM | Show all posts
jalfa replied at 25-4-2024 09:14 AM
Ko retis pon sibuk membawang.alin kali sign in porom carik jadik acik porom..tak de sapa kenal..tapi ...

susah dia nak taip.
kalo ade voice note sng sikit. x yah baca2 sgt
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:41 AM | Show all posts
3,3 bitch..baik runis, si kening dgn kemek... seseuai 3,3 ni kene tipu dek alip
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:41 AM | Show all posts
Dah, semua kena mintak maap kat bella.. Haritu aprena manrose buat video pun kena kecam kena mintak maap kat bella, padahal video lama dia

Bella dah naik pangkat jadi retis no 1 negara ye, tokti dah pass baton kat dia semalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu pentingnya edukesyen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 25-4-2024 09:41 AM
Dah, semua kena mintak maap kat bella.. Haritu aprena manrose buat video pun kena kecam kena mintak  ...

Tu lah sampai kena teruk ..bella ni sapa sampai org xbboleh ckp langsung dia paksa sume org suruh suka dia ke hape...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 25-4-2024 09:14 AM
Ko retis pon sibuk membawang.alin kali sign in porom carik jadik acik porom..tak de sapa kenal..tapi ...

Sapa president tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dgr dia ckp belakang tadbir (tabir). Ke aku salah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:51 AM | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 25-4-2024 01:44 AM
Tu lah sampai kena teruk ..bella ni sapa sampai org xbboleh ckp langsung dia paksa sume org suruh  ...

Mcm kes yasmine tu, dia ckp budak yasmine tu dok dm2 dia nak sangat jumpa dia.. kahkah
Masa dgn peah pun dia ckp peah tu dok dm2 dia, nak kawan dgn dia.. Tapi dia taknak
Dia suka eh, org dm2 dia.. Cuba pegi dm dia, ckp nak jumpa dia mesti dia bangga banyak sgt fans dia skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.185833 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list