Ketika musim panas, menu yang dijual di gerai ini memang paling tepat sekali! Kedai Kelapa Lelehhh yang terletak di Kampar, Perak tiba-tiba jadi viral.
Bukan sahaja kerana menunya yang sangat kena dengan musim-musim panas ini, tapi ia juga membawakan kelainan. Menu ais krim berserta air kelapa, ABC, cendol, coconut shake dan banyak lagi didatangkan dalam bekas iaitu buah kelapa itu sendiri!
Memang hilang dahaga melihat gabungan buah-buahan dan aiskrim dalam satu mangkuk. Jika berkunjung ke Perak, jangan lupa singgah ke sini! - CARI Infonet