CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 5

[Tempatan] tartembak jarik sendirik. infok full

[Copy link]
Post time 19-3-2016 11:34 PM | Show all posts |Read mode




Tertembak tangan sendiri
Ranau: Seorang anggota polis cedera di tapak tangan kirinya selepas tertembak tangannya sendiri dalam kejadian di Balai Polis Ranau, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.35 pagi tadi itu, Lans Koperal Fitri Ahmad, 29, dikatakan baru sahaja mengambil pistol jenis Semi Auto Walter P99 untuk melakukan tugasan.
Menurut sumber, selepas itu, anggota polis kemudian memasukan magazine dan dipercayai terlupa untuk keluarkan semula magazine berkenaan ketika mangsa tertekan picu lalu meletup.
"Pada masa yang sama, tapak tangan kiri anggota polis itu terletak di depan pistol dan terkena tembakan lalu menembusi tapak tangan mangsa.
"Anggota polis itu kemudian di bawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil," katanya hari ini.
Sementera itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Abd Rashid Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian itu berlaku.



ANGGOTA CEDERA TERTEMBAK TAPAK TANGAN SENDIRI.

Pada 19/3/2016 jam lebih kurang 0635 hrs, anggota balai Ranau iaitu L/Kpl RF xxxxxx Fitri Bin Ahmad , L/29Thn, Melayu, Bujang, 9 Thn Berkhidmat, Tgl Berek IPD Ranau telah naik shift tugas Bit mulai jam 0700 hrs - 1300 hrs telah ke bilik Amran untuk ambil senjatapi dan apabila sudah terima senjatapi jenis pistol Semi Auto Walter P99 telah masukkan magazine dan telah lupa keluarkan magazine lalu cekah senjatapi tersebut dan ramas picu , meletup senjatapi tersebut dan pada masa yg sama tapak tangan sebelah kiri anggota tersebut terletak di depan dan terkena tembakkan pistol tersebut dan tembus. Anggota tersebut telah dihantar ke Hospital Ranau untuk terima rawatan di wad kecemasan (keadaan mangsa dalam stabil) dan masih tunggu X - ray untuk memastikan samada terkena pada tulang pada tapak tangan kiri atau tidak.Laporan polis akan dibuat ke atas insiden tersebut dan akan disiasat dibawah KEP.

Makluman lanjut akan menyusul kelak.

Sekian terima kasih YDH Dato'






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
SOP pegang senjata, muncung senjata haruslah tidak mengadap mana2 benda hidup, tanah atau langit, ko lari masa kursus ka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 11:44 PM | Show all posts
shamsadis replied at 19-3-2016 11:39 PM
SOP pegang senjata, muncung senjata haruslah tidak mengadap mana2 benda hidup, tanah atau langit, ko ...

jadik mauk hadap manak? kapalak angkaw?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 12:08 AM | Show all posts
tvhusin replied at 19-3-2016 11:44 PM
jadik mauk hadap manak? kapalak angkaw?

aku ader compose sebuah lagu khas utk org gila cam ko:


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam sesuai sangat lah lagu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 03:21 PM | Show all posts
Hok alohhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.070175 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list