View: 3396|Reply: 6
|
Kek Jantung- Hidangan Tradisional Sarawak
[Copy link]
|
|
Oleh : TSLOO
sumber foto: http://resepibiskut.blogspot.my/
Untuk membuat kek Jantung, ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kek ini sangat rumit untuk disediakan. Kek ini juga menyerupai kek lapis tetapi digoreng, bukan dibakar.
Sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai ketuhar jenis gril. Kek Jantung ini adalah hidangan tradisional di Sarawak dan pernah popular beberapa dekad yang lalu. Untuk membuat kek jantung mesti menggunakan api yang perlahan.
Bahan-bahan
300 gm gula kastor
300 gm marjerin
10 biji telur
400 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh vanila
Minyak untuk melenser
sumber foto: http://lilyrianitravelholic.blogspot.my/
Cara membuatnya:
1) Pukul gula kastor dan marjerin sehingga gebu. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sehingga sebati.
2) Masukkan tepung yang sudah diayak dengan serbuk penaik.
3) Bila adunan sebati, masukkan pula vanila.
4) Panaskan kuali berukuran 20 sm. Lenser dengan sedikit minyak.
5) Letak satu sudu teh adunan ke dalam kuali. Bila keperangan, terbalikkan.
6) Angkat kepingan tadi. Lenser kuali dan masukkan adunan yang besar sedikit daripada yang pertama.
7) Letak kepingan pertama di tengahnya. Bila baghagian bawa masak, terbalikkan.
8) Tekan serkelilingnya supaya masak. Bila keperangan bolehlah diangkat.
9) Ulangi dengan kepingan seterusny yang lebih besar daripada yang sebelumnya.
10) Buat sehingga kek menjadi sebesar 12-14 sm
sumber info: http://lilyrianitravelholic.blogspot.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh first time tahu ada kek jantung ni
selalu kek lapis je |
|
|
|
|
|
|
|
mcm oancake...keping2 nipis. mcm sodap. makan dengan sambal bilis |
|
|
|
|
|
|
|
Semua Jenis kuali boleh digunakan atau Ada Yang khusus |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah hasil kejadian yg tidak sesempurna mana pun..
Lorekan lintang pukang tak secantik hasil macik tu buat
Huhu
Tapi bolehlah buat lepas mengidam
Cuma resepi iols lain sedikit..
Ada tambahan horlicks dan susu pekat.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
memang memerlukan kesabaran yang tinggi nak membuat ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|