CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1581|Reply: 6

[Tempatan] Toleransi sebenar!

[Copy link]
Post time 12-3-2016 08:35 AM | Show all posts |Read mode

TERIMA KASIH: Lee (sembilan kanan) menerima surat penghargaan daripada Ithnaini pada lawatan terbabit, sambil disaksikan oleh
Fr Donald (lapan kanan), Yii (enam kanan) serta yang lain.

MIRI: Pembinaan tempat letak kereta baharu di pekarangan Masjid An Naim Lutong akan terus mengukuhkan keharmonian agama di antara umat Islam dan masyarakat Kristian di Gereja Parish of Good Shepherd Lutong (PGSL) yang hanya bersebelahan dengan masjid terbabit.
Malah, pengerusi masjid Ithnaini Bohari berkata, beliau telah memohon agar projek tersebut turut merangkumi pintu masuk dari belakang gereja, sekali gus membolehkan pihak gereja menggunakan tempat letak kereta baharu itu kelak.
“Projek ini sedang dilaksanakan dan kira-kira separuh siap. Justeru, kita turut menambah pintu masuk bahagian belakang masjid, agar pihak gereja tidak perlu berjalan jauh selepas meletakkan kenderaan mereka di sini.
“Kita juga memohon untuk memperluaskan projek ini daripada perancangan asal, memandangkan masih terdapat ruang kosong di kawasan terbabit, agar dapat menampung sehingga kira-kira 100 buah kenderaan,” jelasnya sambil menambah projek terbabit dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Mac ini.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo di tapak projek semasa lawatan Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, semalam.
Hadir sama Vicar PGSL Fr Donald Jute, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pujut Adam Yii serta ahli-ahli jawatankuasa masjid dan gereja berkenaan.
Sehubungan itu, Ithnaini turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Lee kerana meluluskan projek terbabit yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak masjid dan gereja.
Sementara itu, Fr Donald ketika ditemui berterima kasih dan amat menghargai jawatankuasa masjid kerana membenarkan pihak gereja menggunakan tempat letak kereta terbabit pada hari Ahad serta pada waktu keramaian lain.
“Pihak kami amat menghargai dan jutaan terima kasih kepada pihak masjid yang sentiasa membuka pintu kepada kami.
“Semangat yang ada pada merekalah semangat toleransi yang sebenar di Malaysia yang boleh dilihat di Sarawak,” jelasnya.
Menurutnya, walaupun terdapat banyak projek pembangunan lain yang lebih besar di Miri, namun projek tempat letak kereta Masjid An Naim Luting adalah salah satu yang paling bermakna dalam melambangkan perpaduan kukuh di antara kedua-dua agama.
Lee ketika mengulas mengenai projek berkenaan memuji usaha jawatankuasa masjid dalam membenarkan pihak gereja turut berkongsi menggunakan tempat letak kereta tersebut.
“Saya amat berbangga dengan toleransi yang ada pada masyarakat kita di sini khususnya dari segi keagamaan.
“Toleransi begini yang harus dicontohi masyarakat luar terutamanya mereka yang di Semenanjung,” katanya.
Jelas Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin, permohonan untuk pintu masuk dan memperluaskan projek berkenaan turut akan dimasukkan bagi membolehkan manfaat untuk kedua-dua pihak.
“Jika semua manusia di dunia boleh mengamalkan toleransi dalam keagamaan, masyarakat pelbagai kaum dan agama pasti dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni,” tambahnya.
Masjid dan gereja terbabit yang terletak bersebelahan di Lutong serta berkongsi tempat letak kereta antara kedua-duanya telah menjadi tradisi bertahun-tahun.
Bahkan, masyarakat Islam dan Kristian turut bersama meraikan sambutan perayaan bersama seperti Hari Raya dan Krismas.

Read more: http://www.theborneopost.com/2016/03/11/toleransi-sebenar/#ixzz42dyhPST6


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2016 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu yg agak mustahil nk tgk belah2 semenanjung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2016 09:43 AM | Show all posts
harkktuih replied at 12-3-2016 09:22 AM
Sesuatu yg agak mustahil nk tgk belah2 semenanjung..

Betul tu..

Kalau la semua tempat kat Malaysia camni, takde la perbalahan diantara agama lagi..

Harap dimakbulkan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 09:54 AM | Show all posts
klau di tnh malaya
cite ni akan ditopikkan sebagai:
1. islam terpaksa tunduk kepada kristian
2.kristian rampas hak tanah islam
3. cina dap hina islam

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
missdara replied at 12-3-2016 09:43 AM
Betul tu..

Kalau la semua tempat kat Malaysia camni, takde la perbalahan diantara agama lagi..
...

Aminnnnnnnnnnnnnnm
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Di sarawak benda ni perkara biasa dan takde apa yg luar biasa. Mereka sentiasa hormat agama dan kaum lain tanpa ada rasa prejudis dan buruk sangka. Cuma meleis di malaya saja yg paranoid dgan kristen dan selalu salahkan cina dapig. Kalau ummah dtg sarawak pasti menggelupor siang malam lantas pitam persis babi dipanggang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2016 04:59 PM | Show all posts
harkktuih replied at 12-3-2016 09:22 AM
Sesuatu yg agak mustahil nk tgk belah2 semenanjung..

..dulu penag dengar kat Muar, semejid & gureja sebelah menyebelah, hari Jemahat gureja bagi pakai ruang parking utk jemaah, dan hari ahad semejid tu bagi pakai ruang parking utk Sunday Mass..tak tau masih diamalkan tak?

Gambar hiasan sumata mata


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.401864 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list