CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2955|Reply: 11

[Tempatan] {16} Jiran mati dipukul jiran sbb henfon!

[Copy link]
Post time 11-3-2016 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 11-3-2016 08:57 PM

Jumaat, 11 Mac 2016 @ 7:43 PM

ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 50 tahun yang parah selepas dipukul jirannya kerana dituduh mencuri telefon bimbit dalam kejadian di Bukit Pinang, di sini Isnin lalu, meninggal dunia pagi tadi.

Fesol Peraman, 50, disahkan meninggal dunia jam 7 pagi tadi selepas tiga hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Mangsa sebelum ini dikejarkan ke HSB selepas mengalami kecederaan pada kepala, badan dan tangan kiri, selain tidak sedarkan diri akibat dipukul dalam kejadian di Kampung Teluk, dekat Bukit Pinang di sini, kira-kira jam 11.30 malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menyiasat lebih lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kita masih menunggu laporan analisis kimia daripada pihak hospital bagi memastikan punca sebenar kematian dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.

"Buat masa sekarang kita sudah mengenal pasti suspek dari Kampung Teluk di Bukit Pinang yang memukul mangsa dan lelaki berusia 26 tahun itu kini dipercayai disembunyikan.

"Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek yang dikesan mempunyai lima rekod jenayah lampau, diminta menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/132877


p/s kenapa pukul-pukul sampai mati...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2016 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nauzubillah manusia makin hilang sifat kemanusiaan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 10:51 PM | Show all posts
disembunyikan....

keluarga la teww sembunyikan, anak buat jenayah lagi mau bekap..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 10:56 PM | Show all posts
alaa..dlm forum ni ramai juge berpegang fatwa sesat

"dan diwajibkn ke atas umat manusia agar pukul ramai2 pencuri asal tak mati.." ~ hadis riwayat orang utan.

maka berseronokla dorg pkul ramai2 pada mana2 pencuri mengikut fatwa tersebut( dgn niat asal tk mati).. skali bila dipkul tu mati, masing2 lari senyap.

tak pikir korang ada mak pak, anak bini yg akan mengalirkn air mata tgk korang dibwa ke mahkamah nnti..tu yg tak pkir dgn otak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Henfon punya penangan...sampai mencuri...sampai mati...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 04:55 AM | Show all posts
batmana replied at 11-3-2016 10:56 PM
alaa..dlm forum ni ramai juge berpegang fatwa sesat

"dan diwajibkn ke atas umat manusia agar puku ...

agree .. cukup dapat tangkap dan ikat, x perlu lebih2 .. kite pun manusia bukannye tuhan nak terus jatuh hukum  

tapi dalam kes nie .. ikut pemahaman aku, si pencuri yang memukul pokcik tu kerana die di tuduh mencuri hp kepunyaan pokcik  

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang parah selepas dipukul jirannya kerana dituduh mencuri telefon bimbit


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2016 05:59 AM | Show all posts
i igtkan jiran2 ppuan yg bergaduh tu yg mati yg ckp 'kakak kakak ko hitam lah'.. rupanya org lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hp apa yg dicuri tu sampai mati kena pukul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2016 07:59 AM | Show all posts
Edited by tongkatwaran75 at 12-3-2016 08:00 AM
skyreds replied at 12-3-2016 04:55 AM
agree .. cukup dapat tangkap dan ikat, x perlu lebih2 .. kite pun manusia bukannye tuhan nak terus ...

Klu ikut konteks ayat di atas, lelaki 50 thn ini dituduh mencuri hp bkn menuduh...
tak tau la pd artikel tu ada typo `di' dgn `me' di situ...

bagaimana pun tajuk thread aku tu kira selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 08:48 AM | Show all posts
L211 replied at 12-3-2016 05:59 AM
i igtkan jiran2 ppuan yg bergaduh tu yg mati yg ckp 'kakak kakak ko hitam lah'.. rupanya org lain

dis is funny.haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 02:02 PM | Show all posts
L211: i igtkan jiran2 ppuan yg bergaduh tu yg mati yg ckp 'kakak kakak ko hitam lah'.. rupanya org lain


kalau yg mengeji tu kulit ala2 kokesen...
xpe jgk nak hina org ala2 kulit beyonce...

whatever.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 07:32 PM | Show all posts
mak ko ijo..

akak ko itam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050428 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list