CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4997|Reply: 26

[Dunia] Pelancong Wanita Singapura Paling Kedekut, Amat Penakut

[Copy link]
Post time 11-3-2016 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Pelancong Wanita Singapura Paling Kedekut, Amat Penakut
Mar 11, 2016



SINGAPURA – Apabila merancang percutian, golongan wanita Singapura lebih suka memilih tarikan semula jadi berbanding membeli-belah, demikian menurut tinjauan yang dikeluarkan oleh TripAdvisor awal minggu ini.


Agensi perundingcara pengembaraan antarabangsa itu berkata, hampir tiga suku atau 72 peratus pelancong wanita Singapura yang ditinjau berkata, mereka lebih menimbangkan tarikan semula jadi di sesebuah negara dikunjungi.

Ini termasuk taman-taman negara dan air terjun – faktor utama apabila merancang percutian, manakala kurang daripada separuh responden menimbangkan untuk beli-belah sebagai sesuatu yang penting ketika melancong.

Ini bermakna mereka amat cenderung kedekut berbelanja besar berbeza dengan pelancong wanita dari Malaysia siap habis berborong sakan apabila berkunjung ke sesebuah negara yang terkenal produk popular harga murah.

Dalam pada itu, kaum Hawa Singapura – dan responden Asia yang lain secara amnya – juga cenderung memilih penerbangan jarak dekat untuk destinasi percutian, lapor stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Satu daripada tiga responden pelancong wanita Singapura akan memilih Jepun sebagai destinasi pilihan utama yang dirancang untuk dikunjungi pada tahun ini, disusuli oleh jiran terdekatnya, Malaysia dan Thailand.

Indonesia menduduki tempat keempat sementara Australia di tempat kelima. Tinjauan juga menunjukkan bahawa wanita Singapura menyumbang dari segi kewangan bagi percutian mereka dan terlibat merancang percutian.



Hampir separuh mengatakan mereka buat keputusan berkaitan tempahan percutian dan satu daripada lima yang ditinjau bayar sepenuhnya percutian peribadi sebelum ini – termasuk sesiapa yang melancong bersama mereka.

Tinjauan oleh TripAdvisor tersebut, yang dijalankan dari 15 Februari sehingga 3 Mac tahun ini, melibatkan 2,846 responden wanita serantau, termasuk dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, China, India dan Jepun.

Pengarah Komunikasi APAC TripAdvisor, Janice Lee Fang berkata: “Amat menggalakkan lihat pelancong wanita ‘keluar’ daripada stereotaip dan bukan setakat mereka mengetuai perancangan percutian dan proses tempahan.

Meskipun begitu, tinjauan agensi tersebut juga mendapati tidak semua wanita Singapura berani berdikari jika pergi melancong di luar negara berbanding dengan kaum wanita di negara-negara lain di rantau Asia tenggara ini.

Wanita Singapura malah berada di kedudukan kedua dari bawah dengan hanya tujuh peratus, selepas responden dari India cuma tiga peratus; melaporkan pernah melancong secara bersendirian pada percutian sebelum ini.

Sebagai perbandingan, TripAdvisor mendapati bahawa pelancong wanita Jepun adalah lebih berani, dengan satu daripada lima wanita negara tersebut pernah melancong sendirian pada percutian mereka yang sebelum ini.

Secara keseluruhannya, pelancong wanita Asia, termasuk rakyat Singapura, berasa melancong memberikan kesan positif ke atas hidup mereka, dengan 68 peratus berkata percutian membantu mereka belajar tentang dunia.

Aktiviti percutian juga lebih membuka minda terhadap pembelajaran dan mencuba perkara baharu (61 peratus) serta mengubah cara pemikiran dan gaya hidup mereka sendiri (56 peratus). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2016 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
P Tioman kalau nak kenal aweks2 sendirian ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi saya kalau masa travel memang tak borong barang  beli yg perlu je , saya  lebih suka dgn sightseeing dan buat apa yg sepatut nya traveller buat....masing2 nya style of travel ..
pendapat saya mungkin rakyat  spore rasa meka  blh shopping d dlm negara anytime ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 12:10 AM | Show all posts

..acik2 mulayu lagi la kedekut, ada ka kat oberc bagi tips kat porter hotel sebanyak 2pounds, nilai 10ingget katanya
...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 12:13 AM | Show all posts
pyropura replied at 12-3-2016 12:10 AM
..acik2 mulayu lagi la kedekut, ada ka kat oberc bagi tips kat porter hotel sebanyak 2pounds, nila ...

pi oberc jauh2 lu jadi porter hotel je...harap tip org cam peminta sedekah...
bongok tul lu ni..






Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 12:31 AM | Show all posts
Betul tu nampak mereka lebih suka tumpukan pada sightseeing dan makan2 je.  Kalau beli pun mungkin sebab susah nak dapatkannya disana atau harga yg ditawarkan betul2 super murah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2016 01:25 AM | Show all posts
Dah dekat negara sendiri hari2 menatap hutan batu, masa melanconglah dia org nak mengadap alam semulajadi pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 04:59 AM | Show all posts
macam x betul jek term "kedekut" di guna-pakai ... hampir semua orang bile travel keluar negara prefer peaceful sightseeing than shopping ( except ahkak pinky & co ... )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2016 06:23 AM | Show all posts
iolss suka relax kat tempat2 luar dr kawasan bandar except tokyo, spore, bangkok.. but duduk di bandar xsemestinya mhadap shopping mall je. not my type (i lebih suka bmewah bab cuti dr beli brg branded sbb pengalaman tu yg bermakna).. teringat plak rombongan kak kiah kat Marne La Vallee Village, perghhh borong xigt, bangkok pon sama, shopping kat negara sdiri pon boleh.. sedihhhhh ok rombongan kak kiah tau shopping je..tak adventure lgsg..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau org pompuan holiday nak igt shopping sj ke
Aku lbh suka sightseeing & makan2 & bw blk memori
Mmg bila blk, x bertambah beg pun selalunya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di malaysia, pelancong byk spend money dekat buah tangan. Colleague pesan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 07:41 AM | Show all posts
dari pengalaman aku yg terlibat dengan pelancong di luar negara ni, lebih 90% percutian di rqncang oleh orang perempuan.    Bukan semua perempuan suka bershopping. Perempuan muda suka sight seeing dan cuba makanan di tempat orang.  Yang berusia terutama dah pencen yg suka shopping sampai penuh beg.  Kalau boleh semua ahli keluarga yg ditinggalkan di Malaysia tu dia nak belikan hadiah.  Tak masuk lagi pesanan kawan2 jiran tetangga.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 08:30 AM | Show all posts
shamsadis replied at 11-3-2016 09:03 PM
P Tioman kalau nak kenal aweks2 sendirian ni

fuyoo.blh rekemen kt angah aku t
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 08:32 AM | Show all posts
tpi le ni xleh melancong sgt.silp hb, kapei terhempah .kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 12:46 PM | Show all posts
highcastle replied at 12-3-2016 01:25 AM
Dah dekat negara sendiri hari2 menatap hutan batu, masa melanconglah dia org nak mengadap alam semul ...

betul tu......kalau untok rantau sini we prefer relax by the beach & dekat dgn nature......pegi spa, jalan jalan cari makan. kalau shopping pun hanya untok souvenir  aje.....
bagaimana pulak wanita malaysia? suka bercuti yg bagaimana?  





Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 01:07 PM | Show all posts
SINGAPORE, March 11 — When it comes to holiday planning, Singaporean women prefer seeing natural attractions rather than shopping. This is according to survey findings released by TripAdvisor earlier this week.

Almost three-quarters (72 per cent) of Singaporean female travellers surveyed said they consider natural attractions — such as national parks and waterfalls — as the no 1 factor when it comes to planning trips while less than half picked shopping as an important consideration.

Singaporean women — and other Asian respondents in general — also tend to favour short-haul flights. One in three cited Japan as a top travel destination they are planning to visit this year, followed very closely by Malaysia and Thailand. Indonesia and Australia were in fourth and fifth positions respectively.

The survey findings also showed that Singaporean women contribute financially to their trips and are heavily involved with travel plans.

Almost half said that they make all the decisions when it comes to holiday bookings, and one in five surveyed fully funded their last personal holiday ― including paying for those who travelled with them.

The survey, conducted from Feb 15 to March 3 this year, saw the participation of 2,846 female respondents across the region, including those from Singapore, Malaysia, Indonesia, Thailand, China, India and Japan.

TripAdvisor’s Communications Director, APAC, Ms Janice Lee Fang said: “It’s encouraging to see Asian female travellers breaking stereotypes and not just leading the travel planning and booking process, but also having the purchasing power.”

However, Singaporean women aren’t as independent compared to their regional peers, landing in the second last position with only seven per cent reported having travelled alone on their last trip. Respondents from India rounded the bottom at three per cent. In comparison, Japanese women are the most independent of the Asian group, with one in five travelling alone on their last trip.

Overall, Asian female travellers, including Singaporeans, feel that travel has had a positive impact on their lives, with an overwhelming 68 per cent saying that their travels have helped them learn about the world, be more open to learning and trying new things (61 per cent), and changing the way they think and the way they live their lives (56 per cent).

Almost half of the Singaporean respondents also say travel makes them more appreciative of home. ― TODAY

berkali aku baca.. mana ada tulis bab kedekut?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2016 01:09 PM | Show all posts
highcastle replied at 12-3-2016 01:25 AM
Dah dekat negara sendiri hari2 menatap hutan batu, masa melanconglah dia org nak mengadap alam semul ...

betul.. buat apa nak tengok benda yang sama dia hadap setiap hari... sebab tu dapat seberang ke batam.. bintan pun jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 02:07 PM | Show all posts
redz85 replied at 12-3-2016 01:07 PM
SINGAPORE, March 11 — When it comes to holiday planning, Singaporean women prefer seeing natural at ...

TT creative dgn dia punya adjective (kata sifat)


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
memang betul lah kak_sue...dah tiap hari mengadap batu je kat sini so kalau melancong memang lah sukakan nature and makan2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat pe nak shopping memenuhkan barang2 dlm rumah jah
Akak lg suke collect moments...not things
Bwk balik pengalaman lagi best dan rasa satisfaction yaaamats
So me prefer sightseeing and culture n any unesco heritage site around d world
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92296 Replies : 886
Puteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah curi tumpuan netizen
YgBenarPuteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puter
Views : 34577 Replies : 52
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 39145 Replies : 319
Update :Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan.Bersemadilah semoga keadilan dapat ditebus
YgBenarUpdate :Jenazah Nur Farah Kartini selama
Views : 225397 Replies : 4033
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 84409 Replies : 3787
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 20544 Replies : 341
No Wedding, takde (tak ada) kahwin" dan "Jangan kacau saya. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal
YgBenarNo Wedding, takde (tak ada) kahwin" dan
Views : 7812 Replies : 12
Aishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebumbung?
mojarean_XAishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebum
Views : 29281 Replies : 29
“Saya menceraikan anda, saya menceraikan anda, dan saya menceraikan anda,”  Puteri Kerajaan Dubai Tenang Umum Ceraikan Suami Melalui Instagram
YgBenar“Saya menceraikan anda, saya menceraika
Views : 66068 Replies : 50
Kena lagi episod 3:Netizen terkesima grafik atlet Malaysia yang akan ke Olimpik Paris seolah muka 'wanted'
YgBenarKena lagi episod 3:Netizen terkesima gra
Views : 47141 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.063815 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list