|
George Martin, insan yang bertanggungjawab menerbitkan kebanyakan lagu klasik dendangan kumpulan Beatles, meninggal dunia pada usia 90 tahun.
Bagaimanapun ketika ini, sebab kematiannya belum lagi dikeluarkan.
RollingStone.com, berita kematian produser disegani itu diumumkan oleh Ringo Starr menerusi Twitternya, awal hari ini.
"Semoga Tuhan merahmati George Martin. Salam kasih sayang untuk Judy dan keluarganya daripada Ringo serta Barbara. George akan sentiasa dirindui," tulis pemuzik itu. Dalam status yang berikutnya, yang disertai dengan gambar Martin bersama anggota Beatles, Starr menulis: "Terima kasih atas segala kasih sayang dan kebaikan."
Sejak berdekad-dekad lalu, ramai yang mengaku diri mereka sebagai 'anggota kelima' kumpulan legenda berkenaan.
Namun, hanya Martin yang benar-benar layak memegang gelaran terbabit. Penerbit berkenaan bukan hanya menjadi orang pertama mengikat kumpulan berkenaan sebagai artis rakaman pada 1962, malah beliau juga terus bekerjasama dengan mereka selama lapan tahun berikutnya, daripada era Love Me Do sehinggalah kepada Abbey Road (1969).
|
|