Artikel: TS LOO l Video: Firdausz & TS LOO l Suntingan Visual: Firdausz
Kebanyakan suara penyanyi baru kita hari ini biasa sahaja, kebanyakan mereka juga boleh menyanyi tapi cuma dari segi teknikal sahaja yang bagus.
Nak dibanding dengan penyanyi lama boleh dikatakan jauh beza. Bezanya penyanyi lama kekal lama, penyanyi baru datang dan pergi mengikut musim.
Penyanyi otai antarnya seperti Jamal, Saleem, Hattan, kita dengar saja intonasi suara mereka, kita boleh kenal tapi penyanyi hari ini susah kita nak kenal sebab tak ada 'trademark'. Itulah yang membezakan antara penyanyi dulu dan sekarang.
Begitu juga dengan penyanyi era 50an sampailah ke era 90an. Kita boleh kenal suara P Ramlee, Momo Latif, Normadiah, Saloma, Hail Amir, Latif Ibrahim, Sharifah Aini, DJ Dave, M Daud Kilau (Datuk), A Ramlie dan penyanyi-penyanyi popular 60an lainnya.
Kebanyakan mereka punya 'trademark' yang tersendiri dari segi suara terutamanya.- CARI Infonet
Post time 9-3-2016 04:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bukan takat suara.. Lagu pun mcm sampah.. Lirik duk ulang2 dr awal sampai habis.. "lepaskanlah..lepaskanlah..lepaskanlah..lepaskanlah..lepaskanlah..lepaskanlah..lepaskanlah..lepaskanlah.."
Kalo setakat duk sebut tu je ank buah unur 5 tahun pun reti..
sekarang ni composer lagu dan lirik banyak hasilkan lagu yang kononnya catchy, senang hafal and mudah dinyanyikan.
tu yang sekarang ni lirik tah apa2. cara nyanyi pun senang je..
"terpulanglah nak jadi apa, nak jadi hantu, nak jadi buayaaaaa"
"oh lepaskanlah..lepaskanlahhh..lepaskanlaaa hatikuuu.."
zaman dulu punya lagu liriknya lain macam sikit..lagu pun kalo tak kena Tarik nafas panjang2 mmg tak sah..
retis skg, bak kata penyanyi nora harus bterima kasih kat autotune. kalau nyanyi live mmg hancusss..
bg iols,.. bebudak ksg nyanyi suara bila dgr xleh detect sape penyanyi. tp kalau suara jamal abdillah, saleem, nora, n bbrpa nama tersohor tu, kalau dgr je kita dh cam. ygtu baru di kelas tersendiri.
Lagu sekarang byk yg catchy2... sbb tu budak2 umur 4-5 tahun dah boleh nyanyi full lagu2 sekarang...
Tapi masalah nya walau pun tak memerlukan vokal yg mantap, tapi kualiti suara tahap orang nyanyi dlm bilik air je bile live... org nyanyi kat karaoke lagi best...