CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2531|Reply: 6

Isteri John Legend Dikritik, Tentukan Jantina Bayi Tabung Uji

[Copy link]
Post time 26-2-2016 11:19 AM | Show all posts |Read mode






MODEL terkenal yang juga isteri kepada penyanyi John Legend, Chrissy Teigen secara terbuka mendedahkan telah menentukan jantina anak yang dimahukan menerusi proses persenyawaan tabung uji.

Ketika sedang menjalani proses tersebut wanita berusia 30 tahun itu memutuskan untuk mengandungkan bayi perempuan.

"Saya yang membuat keputusan untuk mengandungkan anak perempuan, malah saya juga memilih embrionya. Saya rasa John akan menjadi ayah yang baik untuk seorang anak perempuan," katanya seperti dipetik People.

Pendedahan itu mendapat kritikan masyarakat yang tidak bersetuju dengan keputusan Chrissy kerana sengaja menentukan jantina bayinya.

Salah satu akaun lifeinbooks05 berkata: Sungguh menyedihkan apabila seseorang ibu-bapa memilih jantina anak yang mereka inginkan."

Namun, Cherissy membalas komen tersebut bahawa perkara tersebut adalah permintaan doktor yang mahukan dia membuat pilihan itu.

Bayi berkenaan dijangka bakal dilahirkan pada Mei atau Jun 2016.

John dan Chrissy berkahwin pada tahun 2013 di Como, Itali.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2016 02:47 PM | Show all posts
isteri dia asal asyik berubah2 muka dia aku tgk..kt hlive ttbe kluar muka cam vanessa milano tu.. nie lain pulak. cam khloe pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baby tabung uji pakai telur n sprrma siape ye
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 07:23 PM | Show all posts
shanshero replied at 26-2-2016 04:42 PM
Baby tabung uji pakai telur n sprrma siape ye

IVF process guna dari pasangan yg buat ivf lah..takkan dari org lain..doktor ambik sperma dan ovari dari both parents..then senyawakan di luar..bila dah sukses baru masuk dlm rahim ibu..itu yg aku faham tentang ivf..kesian plak dgn dia..dahlah nak mengandung secara normal payah..bukan semua perempuan bernasib baik boleh mengandung normal..ada yg buat macam2 cara utk pregnant

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kaya mcm2 la boleh buat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 09:24 AM | Show all posts
bini die ni kejap lawa kejap adoii tp mmg dipuja2 kan sbb katanya eksotik look.... hurmmmm tapi kalau i ada duit pun i akan buat mcmni.. siap boleh pilih jantina lg,... i will do it  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2016 07:58 PM | Show all posts
sibuknya org yg mempertikaikan pemilihan jantina anak... sukati Chrissy la. telur dia dan sperm laki dia, peranakan dia, kandung sampai cukup bulan pun dia... aiyooo, ada jah tak kena. Sebelum dia preggy, Chrissy ni pernah sampai menangis2 dlm satu rancangan Tyra Banks sbb beberapa kali gagal IVF... begitu teringin sekali nak ada anak sendirik katanya.

btw chrissy model kacukan Norway & Thai, hence the exotic looks.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.110105 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list