CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4338|Reply: 19

Seram : Wanita Ini Menangis Air Mata Batu Selama 7 Tahun

[Copy link]
Post time 23-2-2016 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Pelik tapi benar-benar berlaku. Itulah penyakit pelik yang menimpa seorang wanita China, Ding Aihu, yang mengidap penyakit misteri apabila mengeluarkan air mata batu sejak tujuh tahun lalu.

Dia merasa sakit di matanya sejak tujuh tahun lalu dan suaminya Liang Xinhua terkejut selepas menjumpai batu di bawah kelopak matanya.

Xinhua yang juga petani di perkampungan Lufang, Wilayah Shandong mendakwa tiada doktor yang dapat menjelaskan fenomena pelik dan berkata setiap kali di ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kakitangan hospital tidak mahu merawat isterinya dan menganggap isterinya gila.

Selepas batu berkenaan dibuang, dia akan berasa sihat untuk seketika tetapi akan mengeluarkan batu lain. Batu yang dihasilkan keras dan berwarna putih dan agak sukar untuk dikeluarkan.

Malah menurut Xinhua, dia akan mengeluarkan batu-batu berkenaan dengan wayar dan mendakwa  mengeluarkan 10 biji batu kecil dari kelopak mata isterinya itu.

" Ia suatu yang menyakitkan, namun isterinya tidak mengalami masalah kesihatan yang lain,"
ujarnya lagi.

Xinhua juga memberitahu dia telah cuba untuk mendapatkan rawatan di beberapa daerah namun doktor enggan merawat mereka.

Xinhua mendedahkan perkara itu kepada media dan turut menunjukkan bukti. - CARI Infonet.







Sumber - mirror.uk/sinarharian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2016 08:54 PM | Show all posts
eh dah tak ada thread satu tu? tajuk sama..

ok, komen lagi...ada kes yng keluarkan batu permata dari mata ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 08:58 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-2-2016 08:54 PM
eh dah tak ada thread satu tu? tajuk sama..

ok, komen lagi...ada kes yng keluarkan batu permata d ...
  1. ok, komen lagi...ada kes yng keluarkan batu permata dari mata ni...
Copy the Code
mata sape? mata ipo ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 09:00 PM | Show all posts

hahahaha...kalau benarlah mataku kuarkan batu permata..
kayo den.....tak payah layi kojo eh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 09:04 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-2-2016 09:00 PM
hahahaha...kalau benarlah mataku kuarkan batu permata..
kayo den.....tak payah layi kojo eh. ...

dh satu hal plak nk nangis je stp masa sbb nak keluarkan permata
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 09:08 PM | Show all posts
samperit replied at 23-2-2016 08:04 PM
dh satu hal plak nk nangis je stp masa sbb nak keluarkan permata

lama2 jadi kasim selamat...

duk bawah kolong jer la..itu je yg mampu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2016 09:13 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-2-2016 09:08 PM
lama2 jadi kasim selamat...

duk bawah kolong jer la..itu je yg mampu...: ...


tetiba time tgh mngis2 tu permata keluar separuh je dr mata...ahh sudah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 10:36 PM | Show all posts
nangis bebanyak boleh jadi tokey kuari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sedap je dia cungkil keluar batu tu dari mata isteri dia. Macam satu kepuasan!  Ada video tak? Nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampunnnn kuku n jari berapa kurun x basuh ..pastu gigih korek mata bini...bertabahla jd bini pengotor mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 08:57 AM | Show all posts
mmg pengotor bab kuku tu..geli pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 09:25 AM | Show all posts
glllup. aku lebih terpandang pada kuku itu sblm tgk batu LOL
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 09:25 AM | Show all posts
klu keluar berlian best jugak kan ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 10:01 AM | Show all posts
scary nye!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 01:03 PM | Show all posts
Boleh le sambung2 buat gelang
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 07:25 PM | Show all posts
so tak buat analisis mineral deposits ? curious jugak

crystallize minerals
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2016 09:47 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
agak2 ada harga x batu2 tu??
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 11:40 PM | Show all posts
Mcm batu tepi jalan je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:44 PM | Show all posts
eeii.. kuku kotor gile....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053000 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list