View: 1885|Reply: 1
|
Jackie Chan Beli Jet RM82 Juta
[Copy link]
|
|
Ikon perfileman China, Jackie Chan, 61, menambah aset mewah apabila membeli sebuah jet peribadi keluaran terbaharu syarikat berpangkalan di Brazil, Legacy 500 yang bernilai RM82 juta.
Bintang yang turut menjadi duta pembuat pesawat komersial, perniagaan dan militari itu dikatakan pelanggan China pertama membeli keluaran terkini Embraer Aerospace.
Namun, pesawat eksklusif yang mampu memuatkan 12 penumpang bukanlah aset pertama dimilikinya. Pada tahun 2012, Chan membeli model Legacy 650 keluaran syarikat sama.
"Saya sangat teruja dapat memiliki jet eksekutif mewah Legacy 500. Sejak beberapa tahun lalu, Legacy 650 kepunyaan saya memberi pengalaman pengembaraan yang menakjubkan dan selesa."
"Pesawat ini membolehkan saya melunaskan undangan dan komitmen lakonan di seluruh dunia dengan lancar. Saya pasti Legacy 500 mampu memenuhi jangkaan serta menjadi kediaman dan pejabat bergerak yang efisien," katanya.
Difahamkan pesawat di bawah model The Embraer 500 mampu terbang jauh hingga 5,800 kilometer yang dikuasakan enjin turbo berprestasi tinggi Honeywell HTF75000E.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku ade duit, aku nk beli sebuah pulau persendirian yg berkeluasan lebih kurang 100 hektar, ada bot utk ulang alik dari bandar ke pulau aku, ada helicopter persendirian, kat pulau tu hari2 boleh berkelah tepi pantai, ada garden, taman permainan siap dgn tempat jogging, ada stadium besar, persekitaran yg bersih, cantik, sesuai utk penggambaran filem, rumah banglo bertingkat tingkat siap ade bilik karaoke, pawagam, library, makmal sains, gym, tmpt utk jamming lengkap dgn piano, gitar, viola, drum so on, tukang massage,
dan xlepas jugak hotel 5 bintang kat pulau aku tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|