CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2516|Reply: 9

Ken Watanabe Disahkan Hidap Kanser Perut

[Copy link]
Post time 15-2-2016 01:10 PM | Show all posts |Read mode






Pelakon Ken Watanabe disahkan menghidapi kanser perut peringkat awal selepas dia melakukan pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.

Huffington Post melaporkan Ken, 56, mendedahkan perkara itu menerusi laman sosial Twitter miliknya pada Rabu lalu sejurus selepas memberitahu terpaksa membatalkan kemunculannya dalam teater muzikal The King and I.

Bagaimanapun Ken berjanji akan melawan penyakit dihidapinya itu dan akan kembali bertemu peminat.

"Saya tidak mahu buat anda risau, tetapi jangan bimbang saya akan kembali," tulisnya.

Ken dijadualkan bakal membuat kemunculan dalam teater muzikal itu pada 1 Mac hingga 17 April depan.

Pelakon berasal dari Tokyo, Jepun itu turut memberitahu dia sangat berterima kasih kepada isterinya, Kaho Minami dan anak mereka yang memintanya melakukan pemeriksaan dan menjaganya dengan baik.

Dalam perkembangan sama, pihak pengurusan pelakon itu dalam satu kenyataan memberitahu Ken akan menjalani pembedahan endoskop bagi merawat kanser berkenaan.

Untuk rekod, Ken pernah menghidap lukemia kira-kira 20 tahun lalu namun dia berjaya pulih daripada penyakit berbahaya itu.

Selain mempunyai kerjaya lakonan di Jepun, Ken antara pelakon dari Asia yang berjaya menempa nama di Amerika Syarikat menerusi filem seperti Batman Begins, Inception, Godzilla dan Letters From Iwo Jima.


Sepanjang kariernya, Ken pernah menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Akademi menerusi filem The Last Samurai.




sumber : http://www.ew.com/article/2016/0 ... king-and-i-broadway

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 02:12 PM | Show all posts
aku suka pokcik ni berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 04:22 PM | Show all posts
Pkcik nie nmpk muda...pdhal umur nk dkt 60 thn da...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 03:58 PM | Show all posts
56 dah umo dia?
nampak mcm dlm mid 40s je
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 07:15 AM | Show all posts
oohh.. so charismatic la this guy

GWS ok
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 09:22 AM | Show all posts
Kesiannya... aku minat dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2016 07:28 PM | Show all posts
i like this pakcik..versatile actor..dekat 60 umor dia..kalau baca bio dia mmg dah bercucu pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 09:02 PM | Show all posts
suka gak dia ni berlakon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2016 09:29 PM | Show all posts


Aku suka sangat tengok movie lakonan watanabe ni. walo watak stereotaip dlm movie hollywood pon, dia boleh tingkatkan taraf kualiti movie tu dgn kebolehannya. Dia ni memang ada aura istimewa. Aku doakan dia cepat sembuh & sihat kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 11:15 AM | Show all posts
oo dia ke belakon great teacher onizuka?
tanye je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.751233 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list