CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4427|Reply: 46

[Tempatan] Misteri kehilangan Jashiah

[Copy link]
Post time 8-2-2016 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Misteri kehilangan Jashiah
Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2016


Laporan Sinar Harian berkenaan

BUKIT BERUNTUNG - Polis Hulu Selangor mengesahkan masih tiada lagi tanda positif berhubung penemuan kehilangan guru besar, Jashiah Rabu, 54, sejak Oktober tahun lalu,

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, sehingga kini pihaknya masih lagi berusaha menjejaki guru besar itu.

“Setakat hari ini, pencarian masih lagi diteruskan walaupun kita tak buat secara besar-besaran. Kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada ahli keluarga Jashiah.

“Penduduk kampung Orang Asli juga masih berusaha menjejaki Jashiah kerana kita percaya Jashiah masih berada di dalam skala pencarian kita,” katanya selepas merasmikan Ops Sikap dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina, Khamis lalu.

Menurutnya, polis juga sentiasa berhubung bagi mengikuti perkembangan kehilangan Jashiah dan mempunyai sistem sendiri untuk membuat hebahan di semua balai.

“Justeru, saya memohon pada orang ramai jika ada maklumat mengenai kehilangan Jashiah ini supaya tampil ke hadapan.

“Kita percaya dia masih ada kerana mengikut maklumat penduduk perkampungan Orang Asli, mereka melihat Jashiah masuk ke hutan tetapi tidak pernah nampak dia keluar.

“Sedaya upaya kita akan cuba cari dan pencarian untuk tujuh kilometer dalam kawasan sekitar masih lagi kita aktifkan,” katanya.

Sementara itu, suami Jashiah, Ruzilan Omar, 58, masih lagi berharap kepulangan isterinya walaupun usaha menjejaki Jashiah hingga kini menemui jalan buntu.

“Suami mana yang tak rindukan isteri. Anak-anak saya pun rindukan ibu mereka," katanya.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga yang lain masih lagi berhubung dan melawat perkampungan Orang Asli tersebut bagi menjejaki isterinya yang dikatakan masih lagi berada di sekitar perkampungan itu.

“Banyak sangat khabar angin yang disebarkan mengenai isteri saya. Tetapi saya yakin dia masih lagi selamat.

“Walaupun masih belum ada petunjuk positif mengenai kehilangan isteri saya, saya dan anak-anak terus berusaha dan berdoa agar satu hari nanti kami sekeluarga dapat bertemu kembali,” katanya.

Jashiah dikatakan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Seruling ketika suaminya mengambil anak mereka di Rawang.

Sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ingat baca dekat mana. Dia ni kuar rumah sebab depression cos diagnosed with cancer. Lama sgt dah dia hilang kat hutan tu membawa diri. Hrp2 dia selamat pulang in one piece...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama betul cikgu ni hilang. Smoga dia selamat. Apalah dia buat dalam hutan lama2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak harap cikki tidak disembunyikan bunian dan menjadi pembantu rumah mereka
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
lamanya dia hilang..btw, ada sapa2 tau x pasal anak org asli yg 7 org tu..2 selamat, 4 da meninggal, sorg lg tu apa citer ye? da lama sgt x tgk berita, paper pun jrg beli
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya.. Harap dapat pulang dgn selamat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2016 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
harap2 xde yang kaitkan kehilangan beliau dwngan 1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 04:09 PM | Show all posts
mana ler dia ni bersembunyik ...
harap harap hidup lagi ar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 04:19 PM | Show all posts
kutip tacang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 04:35 PM | Show all posts

ishhhh kang SMod yipun datang potong crdt abam tong..
kat bod sebelah sana kalau tulis gini kena potong 100..
saya tlg bgth je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 04:36 PM | Show all posts
misteri betul...

dah la sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 04:42 PM | Show all posts
Misteri ni buat takut
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi tarzan raja rimba.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:34 PM | Show all posts
jawatan beliau sudah diisi ke?!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Seingat iols...dia alami rasa kemurungan sejak doktor bagitau ada kanser sebegitu
Ada tred psl dia ni thn lps
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:01 PM | Show all posts
mistri lari dengan jantan lagi kekdahnya

biasa  menggatal khas pprt melesi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh je yg kata lari dgn jantan..sah x bc berita
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang susah nak accept bila dibgtau kena penyakit bahaya mcm ni even kita yakin mati tu pasti
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:37 PM | Show all posts
hmm.. hrp dia selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:51 PM | Show all posts
notrue replied at 8-2-2016 09:01 PM
mistri lari dengan jantan lagi kekdahnya

biasa  menggatal khas pprt melesi

dia memang lari masuk hutan...  sebab dia pernah gi perkampungan orang asli mintak makanan...
dia lari sebab baru dikesan ada cancer...  so tengah depress sangat2...  bukan lari sesaje tetiba hilang...


kot ye pun, jangan la pukul rata semuanya...  haish...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.412529 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list