View: 2107|Reply: 14
|
[Tempatan]
Mufti Perlis: Hentikan dulu seruan laksana undang2 potong tangan & rejam
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 5-2-2016 01:48 AM
Hentikan dulu seruan laksana undang-undang potong tangan, rejam, kata mufti Perlis
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hentikan-dulu-seruan-laksana-undang-undang-potong-tangan-rejam-kata-mufti-p
Published: 4 February 2016 8:12 PM
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam harus menumpukan kepada penerapan nilai mulia terlebih dulu untuk mempromosikan ajaran Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2016.
Umat Islam buat masa ini perlu berhenti dulu daripada terus menggesa supaya undang-undang Islam seperti memotong tangan dan rejam dilaksanakan ketika ini, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Dalam tulisan di laman Facebooknya hari ini, beliau berkata, seluruh umat Islam perlu berhenti menyeru kepada pelaksanaan undang-undang Islam yang bersifat kontekstual dan mempunyai pra-syarat yang tidak dapat diwujudkan umat Islam dalam suasana hari ini.
"Fokus umat Islam masa kini ialah membangunkan kekuatan umat di sudut penghayatan agama dan imej Islam yang baik," katanya.
Asri juga berkata, untuk mempromosikan ajaran Islam, umat Islam harus menumpukan kepada penerapan nilai mulia terlebih dulu.
"Promosi Islam hendaklah dilakukan dengan berkesan di setiap peringkat dengan memberikan tumpuan kepada nilai mulia dan beradaban yang tinggi yang diajar Islam, bukan berkempen kepada undang-undang yang bersifat kontekstual yang tidak kondusif di zaman kini," katanya.
Beliau juga berkata, umat Islam khususnya mereka yang dalam golongan minoriti di sesebuah negara, harus mengelak daripada menyeru kepada pembentukan negara Islam atau undang-undang Islam yang bersifat penguasaan ke atas pihak yang lain.
Asri berkata, demikian antara rumusan yang dibuatnya setelah pulang daripada menyertai program bersama masyarakat Islam di Thailand, anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan majlis-majlis agama Islam di negara itu. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sudah...ummah suchi teroris lobai paspispus @namirulmukminin fefeeling ahli firdausi maksom till jannah pasti berbulu puki ente semua mendengar perkhabaran ini sesambil mewahabikan dan mengkafirkan org lain. Hudud kehulu kehilir tpi kebersihan tak jaga, keadilan sejagat tak wujud, golongan miskin tertindas golongan kaya dilindungi dgan fatwa2 pujangga, rasuah seleweng harta anak yatim duit zakat semua kena songlap licin. Ujong2 beraksi ala teroris isis cari gaduh maki sana sini dgan org yg xsependapat dgannya. Moga menerima cash drpd tuhan lah golongan2 ini! |
|
|
|
|
|
|
|
Pada i kene kukuhkan ekonomi dan politik Islam dulu baru buat hudud qisas...kalau masih x boleh jugak kene tukar pemimpin tu kasi ubah ekonomi dan politik Islam then baru laksanakan hukum jenayah Syariah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi sape2 yg menolak Hudud dan qisas atau kata tak boleh dilaksanakan maksudnya dia dah x beriman pd kitab suci. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari kisah Nabi Musa dan Bani Israel....bani Isarel tidak melaksana kan hudud dan qisas dibawah penguasaan Firaun walaupun Bani Israel dalam keadaan satu2nya bangsa beriman pada Allah.
Kemudian diturukan Musa A.S sebagai rahmat dan mereka mengubah nasib mereka membina negara sendiri dan melaksanakan Halacha. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo orang islam.dah majoriti cam.mesia, dah boleh huhud dah brader shalom
Isu kuat politik dan ekonomi tu salah! Yg wajibbbbb kuat ialah imannnnn!! Walo.majoriti orang islam.tu depa lemah eko, lemah politik tp kalo kuat imannnnn , ke arah daulah or wilayah yg di redhai tuhan tu ada
Persoalan hari ini di mesia ialah tahap keimanan orang islam.tu camna, bukan tahap eko or tahap politik depa
Iman nomo satu!! Kne kuat, baru tk jadi cam pakistan, ada hudud tp negara cam apa??
Soalan nya betul ke orang islam mesia nak buat hudud adalah SALAH, Sepatutnya betul ke orang islam mesia BENAR Benar BERIMAN
Yg tukang sebat yg benar beriman sama ke tukang sebat nama je islam or agama dia islam
Doktor soang islam klo dia benar beriman sama ke doktor islam pada nama?
13 taun nabi ajar.iman pd sahabat dan minoriti islam, kendian depa hijrahhh dan terbentuk majoriti islam so negara islam pertama tapi tetap ada piagam.madinah
Macam mana nak tau seorang islam tu benar beriman?? Haha ni cite lain |
|
|
|
|
|
|
|
Tamparan hebat kpd lobai lobainita, pasti tgh amarah yg membara |
|
|
|
|
|
|
|
Ade la tu nnt... Kite tunggu... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa perlu potong tangan & rejam jika ada neraka? |
|
|
|
|
|
|
|
Hentikan fitnah, fitnah berleluasa oleh DAP dulu kata fitnah ialah sebagai art of war...sekarang di kata prank |
|
|
|
|
|
|
|
dalam quran tak ada kan rejam? dalam injil ada kan? |
|
|
|
|
|
|
|
yg beserban sibuk hudud sana sini, sedangkan ekonomi umat islam pun nth kemana, knp xtingkatkan ekonomi umat islam? |
|
|
|
|
|
|
|
Hudud bkn 0.01 persen dlm Quran ke...? Suruhan Alloh yg lain lagi banyak kot. Berbuat baik sesama manusia la. Itu la ini la. |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn replied at 6-2-2016 06:29 AM
yg beserban sibuk hudud sana sini, sedangkan ekonomi umat islam pun nth kemana, knp xtingkatkan ekon ...
Bagus lagi Lebai Arqam... Fokus ekonomi dulu bukan fokus hudud mcm PAS....sebab tu Arqam dipandang mulia. Pasal poketnya berisi....lol |
|
|
|
|
|
|
|
masalah besar betul masalah 0.01% ni.. camna nk setelkn 50%? |
|
|
|
|
|
|
| |
|