ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 50 tahun rentung selepas rumahnya di Kampung Tengah, Kuala Kedah di sini terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi tadi. Mangsa, Aziz Wahab rentung hampir 100 peratus. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.14 pagi tadi. "Setibanya jentera bomba di lokasi kejadian didapati sebuah rumah terbakar hampir 98 peratus dan bomba berjaya mengawal api pada pukul 3.36 pagi. "Terdapat seorang mangsa yang ditemui rentung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini
|