Brader dan sister! Takda masa nak gilap kasut kulit anda? Harus diingat ya, kasut kulit harus selalu dikilatkan, kalau tidak buruklah permukaannya.
Namun begitu, ia taklah sesukar mana. Tak percaya? Boleh cuba cara yang paling mudah di bawah. Hanya perlukan bahan yang ada di rumah, tak perlu cari jauh.
1. Minyak zaitun
Titiskan beberapa titik minyak zaitun pada permukaan kasut. Kemudian lap menggunakan kain untuk hilangkan kesan habuk, kotor pada kasut!
2. Kulit pisang
Paling mudah, hanya gosok kasut dengan kulit pisang!
3. Cuka
Titiskan beberapa titik cuka pada kain, kemudian lap kasut anda sehingga bersih dan berkilat!
4. Jeli petroleum
Lapkan jeli ini pada permukaan kasut yang telah bersih. Ia akan mengilatkan kulit dan mengelakkan ia daripada merekah. - CARI Infonet
pakai je lah pengilat kasut yg betul.. tak pasal2 kena buang jek kasut tuh nanti. bila sanggup beli kasut kulit yg mahai.. kena la aturkan maintenance dia yg setara. otherwise beli je kasut pvc..