|
sumber foto: google image
Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini akan dibuat mulai esok.
Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.
"Bagi mereka yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar BR1M akan diedarkan kepada penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Tambah Husni, pemberian BR1M bagi kategori isi rumah akan diagihkan dalam empat peringkat pada tahun ini iaitu pada 28 Januari (esok), 28 April, 23 Jun dan 28 September, manakala bagi kategori individu akan menerima bayaran penuh esok.
Peserta e-Kasih yang berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM1,050, isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak RM1,000 dan isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM800, manakala individu sebanyak RM400.- CARI Infonet
Berita selanjutnya : bharian.com.my/ |
|