CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3458|Reply: 5

Pendaki Terperanjat Puluhan Seluar Dalam & Kondom Tergantung Di Pokok...

[Copy link]
Post time 27-1-2016 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Baru-baru ini, seorang pendaki ketika mendaki gunung di belakang stadium Penampang, Sabah terperanjat lihat suatu pemandangan yang 'luar biasa' di kawasan itu.



sumber foto : theborneopost



Memetik laporan Borneo Post, kelihatan puluhan seluar dalam wanita pelbagai corak digantung seperti bendera pada beberapa batang pokok, malah setiap seluar dalam tersebut turut ditampal sekali dengan kondom.


Keadaan sedemikian mencetus kemisterian di sebalik mereka yang melakukannya. Sehinggakan ada pihak mengaitkannya dengan perihal sipritual.


Sementara itu, berhampiran kawasan yang tergantung seluar dalam wanita itu terdapat sebuah pondok kecil yang kelihatan sudah terbiar dan tiada penghuni di dalamnya.


Menurut pegawai majlis daerah Penampang, pihaknya telah mengarah sepasukan anggota penguatkuasa tempatan untuk menjalankan pemeriksaan di seluruh kawasan tersebut selepas kisah pelik itu mula menjadi sensasi menerusi media sosial pada Khamis.


" Kami telah terima laporan dan siasatan di lokasi tersebut telah pun dijalankan. Kawasan tersebut agak jauh dari laluan pendakian kebanyakan orang."


" Biarpun kami sudah membuat laporan polis, tapi pihak polis setakat ini masih belum datang ke sini untuk menjalankan siasatan."






sumber foto : google image

Di luar negara, contoh seperti di Crown Range Highway, New Zealand juga mempunyai satu kawasan yang terkenal dipanggil "agar Bra" atau "Bra Fence" yang mana atas pagar turut tergantung pelbagai jenis bra wanita, seluar dalam.


Difahamkan, pada asalnya, iaitu pada tahun 2000 terdapat 4 orang wanita menanggalkan bra sendiri untuk menggantungkannya pada pagar di situ dan sebagai lambang kebebasan kaum wanita pada tahun millenium.


Selepas itu, mereka yang melalui kawasan itu turut akan menggantung bra sendiri, begitulah lama-kelamaan ia dipanggil 'Pagar Bra' dan menjadi salah satu destinasi pelancongan di New Zealang yang terkenal.- CARI Infonet




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
'Beli suar dlm,percuma kondom',woi na!... ngak bisa bah.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:32 PM | Show all posts
banyaknya sependa.. sapa punya la tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:48 PM | Show all posts
macam2 hal
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 03:36 PM | Show all posts
aritu spender , ni bra pulak . nanti nak gantung apa lagi .
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 04:56 PM | Show all posts
tu semua yg digunapakai ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.058538 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list