CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12471|Reply: 99

Nama saya ditolak kerana kroni, bodek - Fizz Fairuz

[Copy link]
Post time 21-1-2016 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bini_fl at 21-1-2016 06:46 PM





Pelakon Fizz Fairuz mendakwa terdapat amalan kronisme dan pilih kasih dalam pemilihan pelakon bagi sesebuah produksi drama atau filem.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 37, berkata, sesetengah produksi lebih cenderung memberi tawaran lakonan kepada ‘kenalan’ yang bijak membodek.

Katanya, beliau sendiri hampir tiga bulan tidak mendapat sebarang tawaran berlakon meskipun namanya dicadangkan pengarah.

“Sudah acap kali perkara ini berlaku, terutama apabila pengarah sudah memberi tawaran tetapi nama saya akhirnya ditolak oleh pihak tertentu.

“Nama saya ditolak sebab kroni dan bodek. Setiap produksi ada kroni sendiri.

“Kalau saya tidak pandai bodek ertinya saya tidak akan dapat tawaran itu,” katanya yang menolak sekiranya rupa paras lebih menjadi ukuran bagi sesebuah produksi.

Fizz ditemui di sidang media pengumuman tarikh karnival lanjutan Hello Kitty Go Round in Malaysia di Kompleks Beli-belah Viva, Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya dihimpit situasi sedemikian membuatkan dirinya sebagai anak seni berasa terpinggir.
Malah, Fizz juga menyamakan dirinya dan pelakon yang senasib dengannya seperti ‘pengemis’ apabila perlu meminta-minta untuk tawaran berlakon bagi menampung hidup.

Pelakon baru diutamakan

Aktor yang namanya melonjak menerusi drama siri Nur Kasih (2009) itu, berkata amalan ini disebabkan pihak terlalu yang lebih mudah memberi kepercayaan kepada pelakon baru tanpa menilai tahap kebolehan mereka.

Fizz membandingkan tempoh sukar yang pernah dihadapi ketika dirinya baru menapak dalam industri lakonan, terutama sebagai pelakon drama.

“Kini pelakon seusia saya sukar untuk pergi lebih jauh. Dulu nak masuk stesen televisyen begitu sukar, hanya pelakon yang mempunyai mutu lakonan gred A saja boleh (diterima).

“Orang akan kata (saya pada masa itu) belum sampai level. Tapi sekarang kenapa (pelakon baru) begitu mudah (diterima)?,” soalnya.

Menyedari tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan lakonan, Fizz Fairuz menubuhkan sebuah syarikat produksi yang dinamakan Rain Maker Production.
Antara lain syarikat berkenaan diberi tanggungjawab untuk menguruskan Karnival Joget Pahang sempena Tahun Melawat Pahang 2017.

Menurut Fairuz, beliau membuat perancangan untuk projek itu selama empat tahun dan berasa bersyukur apabila karnival berkenaan berjaya dilaksanakan tahun ini.



Sumber Malaysiakini oleh Nadia Azam

PS: kenapa Fizz tak ikut membodek ? lumrah lah..kena pandai bawa diri




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 02:30 PM | Show all posts
ermm ade sebab lah tu org xnak plih ko..nasib badan,ade time masyuk..ade time merudum..nnt samapai mase lasg tak dak~
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:34 PM | Show all posts
macam mana lak dalam hal lakonan ada isu bodek membodek ni?
kalau lakonan hauk tapi ko pandai bodek, rasanya pengarah tak hingin nak ambik jugak.
Abam Fizzy ni dah diambang tak laku, tak payah nak salahkan artis lain la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:36 PM | Show all posts
Dah x de aura mcm dulu lepas2 kes tunang dgn bini orang. Langsung orang menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:37 PM | Show all posts
Laki bini bermulut hansuang jua..  sapa nak panggil..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:40 PM | Show all posts
Just nak tanya, apa kaitan fizz dgn hello kitty karnival tu? Mcm tak masuk je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2016 02:40 PM | Show all posts
Dah kau ckp cenggini, lagi la diorg taknak panggil kau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:43 PM | Show all posts
itulah bidang lakonan Fizz oi, muka baru naik, muka lama mulalah dilupakan, lepas ni bersedialah utk jd 2nd or 3rd hero tak pun jd bapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 02:43 PM | Show all posts
padan muka...
buat produksi sundiri aja pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:48 PM | Show all posts
Fizz berlakon sebenarnya ok, menjiwai watak tapi dalam cerita mat tudung sangat lah tak best. Maybe jalan cerita nya. Dengan kontroversi lagi. Adi putra, fizz fairoz dah bolehlah kerja belakang tabir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2016 02:50 PM | Show all posts
banyak lagi artis yg bnasib malang..bukan Fizz sorg..cari la ikhtiar lain..takkan nak hadap kerjaya lakonan sampai ke tua kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:56 PM | Show all posts
dah sendu la pizz. ko pergi  jela apply jadi PA diva AA balik, sementara heshe tengah laku dengan rendang PPRT beliau tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko br 3 bln xdapat offer dah bising
Enot tu setahun kot xde offer berlakon
Dgn sakit nya lg
Susah2 ko jual la harrier kebanggaan ko tu
Dpt duit nnt beli sengkuang byk2 niaga dgn bini
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 03:07 PM | Show all posts
body camtu sapa nk buat hero
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash la kat ko....dulu ko aibkan ex tunang ko......plus dot bini gemok mcm gajah yg mulut longkang..........ex tunang dan scandal ko kompom gelak terguling guling skg
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka x hensem, berlakon x best...selayaknyalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 03:12 PM | Show all posts
oklah..memang kesian kat fizz. kesiann jugak kat pelakon2 senior, mmg sekarang bukan zaman theyols dah.. muka2 baru tumbuh macam cendawan.

yg iols perasan, sekarang penonton lebih suka tengok drama bila artis tu ada ramai pengikut/likers kat instagram.

pelakon2 baru opkos laa yg kaki selpie, share2 video bbnu tu yg ramai fans..

tak heran lah berlakon kayu tapi rating drama mencanak
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 03:14 PM | Show all posts
Dia ni xde aura sgt aku rasa. Sebab tu xlaku. Lakonan dia yg betul2 melekat di jiwa aku dalam Kekasihku Seru aje.

Nak kata lelaki dh berusia x laku berlakon, AAron Aziz tu elok2 je ada tawaran berlakon. Dato Jalaluddin Hassan pon masih laku even jadi ayah, atuk.

Semoga ada produk yg boleh naikkan nama ko semula la Pizzzzz...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 03:15 PM | Show all posts
lakonan tak mantap pun..lain la zul sadooo
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
buka production house sendri ,ambek bini brlkon..sure jimat ..

faizah elai pn brlkon under heykal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.069522 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list