Lelaki 90 tahun cari teman hidupWarga emas itu yang kematian isteri 25 tahun lalu, sedang mencari seorang isteri sebagai teman hidupnya. - Foto hiasan
[size=100%]AHMEDABAD, 12 Januari: Selepas mengharungi kehidupan selama sembilan dekad, seorang pesara bank di Ahmedabad kini mencari seorang teman untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya.
Lelaki berusia 90 tahun yang kehilangan isterinya 25 tahun lalu selepas bersara, mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan.
Menurut laporan Times of India, beliau yang tinggal di rumah salah seorang anak perempuannya itu, terpaksa membayar sewa bulanan sebanyak Rs17,000 (RM1,120) kepada anak perempuannya, manakala Rs 6,000 (RM400) lagi kepada anak lelakinya untuk makanan.
“Disebabkan anak saya hanya berminat dengan wang saya, saya kini mencari teman yang boleh habiskan sisa-sisa hidup saya,” katanya.
Menurut laporan akhbar itu, bekas pegawai bank itu telah menghubungi sebuah pertubuhan kebajikan untuk membantu mencarikan seorang isteri “tanpa mengira usia”, bagi menjaga dan hidup bersamanya dengan aman.
“Beliau telah hubungi kami untuk mencari seorang teman hidup, kerana anak-anaknya tidak menjaganya,” kata Natubhai Patel daripada Pertubuhan Vinamulye Amulya Seva.
|