CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43253|Reply: 402

Fizo Omar Laharina Penulis Blog Yang Hencap Restorannya

[Copy link]
Post time 8-1-2016 09:37 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen bukan dibuat dengan cara yang betul.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.

"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Fizo berkata demikian selepas ulasan sebuah blog Kisah Emas Putih terhadap restoran miliknya FizoMawar Kitchen yang dikatakan tidak memuaskan apabila perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan.

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan, sejak pembukaan restoran tersebut tiga minggu lalu, mereka menerima kehadiran pelanggan yang terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Katanya, pelanggan yang diluar jangkaan itu membuatkan perkhidmatan restoran tersebut agak perlahan.

"Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.

"Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja," ujarnya.

Sementara itu, Fizo meminta pelanggannya agar memberi peluang restoran tersebut memperbaiki kelemahan sedikit demi sedikit berikutan ia masih lagi baharu.

Selain itu, katanya, pembukaan restoran tersebut juga  telah memberi peluang pekerjaan kepada 30 rakyat Malaysia sebagai punca pendapatan.

"Saya terkilan kerana penulis blog tersebut merupakan orang Melayu dan sepatutnya dia menyokong kita yang sama bangsa untuk berniaga.

"Saya buka restoran ini pun memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan saya tidak pernah mengambil pekerja luar seperti Indonesia atau Bangladesh.

"Kalau saya hanya fikirkan tentang bajet atau mahu kaut keuntungan sudah tentu saya ambil pekerja luar sahaja kerana mereka lebih murah," ujarnya.Penulis blog Siti Aminah.


Sementara itu, penulis blog Kisah Emas Putih, Siti Aminah, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pelakon tersebut.

Katanya, apa yang ditulis di blog miliknya itu merupakan pengalaman yang dilalui sendiri di restoran berkenaan.

"Saya sudah membuat pelbagai ulasan selama enam tahun di blog saya tapi saya akui ini kali pertama saya buat ulasan yang buruk kerana pengalaman yang saya lalui di restoran tersebut.

"Namun saya tidak sangka ramai yang baca dan viralkan perkara itu sehingga menjejaskan perniagaan restoran terbabit. Saya sudah minta maaf secara peribadi kepada pelakon itu andai perniagaannya terkesan dengan penulisan saya," ujarnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 09:40 AM | Show all posts
eleh mamat ni, baru kena hencap sket dah melantun. segala negatif feedback tu jadikan la improvement plan ko utk jadikan restoran ko tu lebih bagus. sengal!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:43 AM | Show all posts
ada sapa2 pernah g tak?
bagi review sikit...
cadang nak g weekend ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:43 AM | Show all posts
ceehhh... asal peniaga melayu jeh nak puji melambung...

kalu serbis mcm BA.BI pun nak puji puja gak ker???

bodoh punyer ponen pijoh... ko amik la improvement dr kritikan orng tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:43 AM | Show all posts
saper2 bleh share skit hasil nukilan kk cantik ni kat blog dia..mekacih
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:43 AM | Show all posts
poyolah mamat ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2016 09:45 AM | Show all posts
eceh. banyak je restoran yang kena review kat blog, baik atau buruk
jarang je dorang nak sentap bagai
ambik je lah teguran tu sebagai teguran membina
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:47 AM | Show all posts
aku bace review budak tu, tak de la teruk pun ayat dia. sopan je, pttnya fizo nie terima sudah. susah gak kalau lelaki suka meroyan...haiyaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 09:48 AM | Show all posts
kaedahnya mmg hauk pun khennn restoran heols ni khen??
dan kejadahnya kalau hauk nak kena puji melambung aje???
puihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
I pernah pegi skali. The food is acceptable lah and the drinks sedap yg ice green tea. Cuma service lambat. Masa i pergi tu menu masih tak banyak yg ada cuma menu nasi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:54 AM | Show all posts
mmg hauk pun...susunan meja pun hampeh...org x la ramai sgt..service hampeh...
dh pegi sana..skali service ntah mcm hafe...so blah jee...tp bau masakan dia mcm sedap
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:55 AM | Show all posts
melinda_kerr replied at 8-1-2016 09:51 AM
I pernah pegi skali. The food is acceptable lah and the drinks sedap yg ice green tea. Cuma service  ...

price dia?
standard la utk resto2 kat bangi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:56 AM | Show all posts
meroyan lebih
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:02 AM | Show all posts
Tak kuasa nak jejak pun, signboard sebesar2 alam  F I Z O M A W A R. Rasa macam terbayang-bayang je muka dorang dua sambil makan *muntah*
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by amyza at 8-1-2016 10:05 AM

Fizo dah xjual burger ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:05 AM | Show all posts
menjadi2 poyo engko ni ye
nk kne puji jer memanjang
pegi upah org lah buat blog utk puji2 jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 10:07 AM | Show all posts
Bagila dia peluang....kan baru beroperasi  
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:08 AM | Show all posts
kannnn ajel le budak nihkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:10 AM | Show all posts
kechikchomel replied at 8-1-2016 09:55 AM
price dia?
standard la utk resto2 kat bangi ni?

harga standard mcm restoran lain. tp drinks die mmg byk. berbaloilah. kebetulan lalu situ tgk org ramai je masuk then try la juga. hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:10 AM | Show all posts
baru aku tau fizo ni kurang cerdik rupanya.. kalau niaga xleh terima kritikan balik tido je la.. org meniaga ni telinga mmg kena kebal.. kalau blogger komplen, baik jawab je mmg kita akui ada masalah, dan dalam proses mnambah baik.. sedangkan restoran2 hebat seperti mcd pun ada je customer komplen

mmg komplen budaya org kita. dan businessman kena tahu cara menjawab supaya nampak cerdik

aku punya pendapat la, baik customer komplen x kesah la apa cara, tp still support bisnes kita , daripada senyum sampai ke telinga, pastu x dtg2 sampai sudah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053834 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list