CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33377|Reply: 262

Marsha Sudah Peluk Islam, Nikah Ahli Perniagaan Khamis Ini

[Copy link]
Post time 30-12-2015 10:39 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Penyanyi Marsha Milan Londoh yang bakal berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada Khamis ini mengesahkan sudah memeluk Islam beberapa minggu lalu.

Marsha, 30, berkata, proses lafaz syahadah itu berlangsung dengan tenang dan lancar sambil disaksikan keluarga terdekat.

Namun lokasi pengislaman dan tarikh sebenar majlis itu dirahsiakan atas permintaan keluarga. Dia juga masih mengekalkan nama asalnya.

"Ya saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buat saya.

ADVERTISEMENT





"Apa yang saya mohon di sini jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati kedua belah pihak," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Terdahulu Marsha dilaporkan bakal berkahwin dengan ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang selepas kad jemputan resepsi majlis persandingannya itu tersebar.

Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam. Foto dari Instagram Marsha.


Dalam kenyataan medianya, Marsha memberitahu dia telah bertunang dengan Mohamed Shaiful Nizam pada 14 Disember lalu di Sabah dalam satu majlis sederhana.

Manakala kedua-dua pihak pula sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan pada Khamis ini di Pulau Pinang iaitu lokasi tempat tinggal keluarga pihak lelaki.

Marsha berkata, selama ini dia berdiam diri mengenai perkahwinannya kerana banyak perkara yang hendak diselesaikan.

"Saya memilih untuk lebih berdiam diri dari berbicara tentang perancangan perkahwinan saya kepada pihak media kerana ada banyak hal yang kami perlu uruskan sebelum ini.

"Setelah mencapai kata sepakat diantara keluarga dan beberapa perkara sudah disahkan barulah kami bersedia memberi jawapan yang pasti kepada umum.

"Saya sangat gembira sekali dengan penyatuan ini. Apa yang saya harapkan, majlis yang bakal berlangsung nanti berjalan lancar dan menjadi kenangan terindah buat saya dan keluarga kami," katanya.

Mengenai percintaannya dengan Mohamed Shaiful Nizam pula Marsha berkata, dia mengenali ahli perniagaan itu sejak 10 tahun lalu namun bibit percintaan mula berputik sejak 2013.

Kata Marsha, sifat pemuda itu yang jujur dan ikhlas serta hormat ahli keluarga berjaya menambat hatinya.

Sementara itu majlis pernikahan pasangan berkenaan akan diadakan secara tertutup tanpa liputan media.

Namun pihak pengurusan Marsha akan megedarkan kenyataan media bagi tujuan hebahan kepada peminat.

Marsha bakal mengenakan pakaian ciptaan Rizalman Ibrahim.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada 8 Januari 2016 di Hotel Majestic dekat sini.

-mstar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 10:55 AM | Show all posts
elok la marsha diam je dari buat komen lalok2 mcm retis lain....kalau marsha ikhlas peluk agama baru ni, mudah2an marsha dan suami akan bahagia dunia dan akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:16 AM | Show all posts
buat majlis tertutup.. paham nk privacy tapi kdg pelik ngn retis..

bab lain semua nk wartawan tlg hebohkan, ade lagu baru nk suh heboh, ade pkra2 utk kerjaya nk suh heboh utk menaikkan nama dlm industri, tang kawin plk berkecuali, konon alasan itu ini (malas nk tulis sb musabab, krna jwpn klise retis paham2 la).
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:28 AM | Show all posts
dah tengok rumah in law marsha..tp dr luar la..
apa pun tahniah.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Rizalman Ibrahim... Hmmppphhhhh...mmng kayoooo
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:50 AM | Show all posts
masuk islam setakat nak kikis anak dato buat pe micheal ang oii...eh silap, marsha oiii....engkau pakai tudung baru aku respect kalau betul kau masuk islam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 11:54 AM | Show all posts
masyuk la awokkk, semoga berbahagia
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheols kan alim gak ngan agama sheols yg dlu..mcm x sgka sheols convert..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 12:02 PM | Show all posts
Edited by d_dalia at 30-12-2015 07:37 AM
MH37O replied at 30-12-2015 03:50 AM
masuk islam setakat nak kikis anak dato buat pe micheal ang oii...eh silap, marsha oiii....engkau pa ...

apa yg bodoh sgt manusia Malaysia ni..just sbb artis bkn islam kawin dgn anak dato islam and memeluk islam..artis tu terus dilabel mata duitan & masuk islam sbb nak kaya dan hidup senang..idiot! orang tak kan senang2 tukar agama kalo bukan sbb cinta yg mendalam and felt lelaki tersebut terbaik dan dpt membimbing the wife for the better good...bodoh punya manusia..lagi baik kau orang murtad je..




Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:28 PM | Show all posts
d_dalia replied at 30-12-2015 04:02 AM
apa yg bodoh sgt manusia Malaysia ni..just sbb artis bkn islam kawin dgn anak dato islam and memel ...

ni mcm ayat2 cinta micheal ang je kan??....wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:29 PM | Show all posts
marsha masuk islam sbb nak kikis duit anak dato kaya....marsha masuk islam sbb nak kikis duit anak dato kaya....marsha masuk islam sbb nak kikis duit anak dato kaya....marsha masuk islam sbb nak kikis duit anak dato kaya....

cc to: @michealang   
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:33 PM | Show all posts
diamondhoney replied at 30-12-2015 03:58 AM
Sheols kan alim gak ngan agama sheols yg dlu..mcm x sgka sheols convert..

den ingat lagi masa dia mula2 involve dunia seni, dia ckp agama dia tak dibenarkan pakai subang....lama jugak dia hold "amanat" tuhan dia...tp last few years, aku perasan dia pakai subang...ni kisah sebelum masuk hisslamm
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:39 PM | Show all posts
Baik2 ye kalau nak komen kat benang ni, ada yg memeratiiiiiiiii

Yuhuuuu Bang Mikel Ang


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:40 PM | Show all posts
beatgirlX replied at 30-12-2015 11:28 AM
dah tengok rumah in law marsha..tp dr luar la..
apa pun tahniah.....

So komen chuols pasal rumah in laws marsha Londoh dari luar????
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:41 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 30-12-2015 12:40 PM
So komen chuols pasal rumah in laws marsha Londoh dari luar????

hahaha.....KAYA..sb tanah kat situ mahal..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:43 PM | Show all posts
MH37O replied at 30-12-2015 12:33 PM
den ingat lagi masa dia mula2 involve dunia seni, dia ckp agama dia tak dibenarkan pakai subang... ...

Masa dlm AF pun dia cukup jaga makanan dia sebab certain2 makanan mcm udang yg kecik2 tu
(udang geragau ) kot sheols tak boleh makan atas alasan tuntutan agama
Sheols mmg dari family yg kuat ikut suruhan agama
Maybe lepas join industri hiburan sheols dah jadi tak alim kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 12:47 PM | Show all posts
beatgirlX replied at 30-12-2015 12:41 PM
hahaha.....KAYA..sb tanah kat situ mahal..hehehe

So tak salah lah lah spekulasi forummer2 CARI ni yg Marsha Londoh peluk Islam semata2 sebab nak kawin lelaki Melayu kaya
Kalau lelaki tu setakat duduk rumah teres setingkat di kawasan rakyat marhaen tak berduit, boleh kah Marsha Londoh jatuh cinta
pada lelaki itu sehingga sanggup convert ke Islam, Mikel Ang???
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:48 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 30-12-2015 12:47 PM
So tak salah lah lah spekulasi forummer2 CARI ni yg Marsha Londoh peluk Islam semata2 sebab nak ka ...

hehehe..tah la..tapi mungkin la dah jodoh dia...



Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:52 PM | Show all posts
ade kat IG dia kene bash dgn penganut catholic Sabah.. marah2 dia convert sbb nak kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:55 PM | Show all posts
hi bangg michael..
jgn lupa tlg tepek gmbo dlm niii

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.106161 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list