View: 3081|Reply: 19
|
Isu #2kerja, Kerajaan Elak Untuk Bantu Rakyat???
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Isu #2kerja dilihat menjadi bualan hangat di media sosial selepas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan pendapat melakukan #2kerja menjadi amalan rakyat di banyak negara lain bagi meningkatkan pendapatan.
Namun, ramai netizen berpendapat ia bukanlah suatu yang membantu malah semakin 'memaksa' rakyat mencari pendapatan sendiri sedangkan apa yang patut disediakan kerajaan adalah meringankan beban yang dirasai rakyat.
#2kerja memberi gambaran betapa rakyat sangat terdesak untuk mencari pendapatan lebih bagi memenuhi keperluan selain terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.
Sebetulnya, ada yang menyokong dengan pendapat Ahmad Maslan namun pada ketika kerajaan sendiri yang dilihat menyusahkan rakyat, pendapat tersebut sememangnya tidak relevan dan rata-rata tidak bersetuju kerana ia boleh mengurangkan fokus dan kualiti kerja yang sedia ada.
Menurut pendapat Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda dia tidak menyokong cadangan Ahmad Maslan.
"Fokus dalam kerja ini sudah jadi 100 peratus. Tidak boleh fikir soal lain, kecuali fikir hendak makan, hendak bayar sewa rumah, hendak hantar anak ke nursery, sekolah, utiliti, hendak bayar sewa kereta.
"Kalau penjawat awam diberi kebebasan serupa, macam mana kekuatan kerajaan kalau pegawai perkhidmatan awam buat dua kerja untuk sara kehidupan," katanya kepada Astro AWANI.
Tak semua akan ikut cakap menteri berkaitan dengan isu #2kerja ini namun ia boleh dijadikan sebagai suatu cadangan yang membantu diri sendiri daripada mengharapkan kerajaan. Dalam pada masa yang sama, pihak kerajaan tidak sepatutnya memandang rendah kepada rakyat yang tidak mampu. Pihak kerajaan seharusnya bertindak bagaimana meringankan beban yang dirasai oleh rakyat bukanlah menambah beban rakyat dengan #2kerja ini. Sungguhpun, ramai dalam kalangan rakyat hari ini telahpun melaksanakan #2kerja ini dan sedikit sebanyak membantu meringankan sara hidup mereka. - CARI Infonet
Kredit Foto : Astro Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut Perkara 5 (Pekerjaan Luar) Pengenalan Tatatertib Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), seseorang pekerja tidak boleh membuat kerja luar kecuali dibenarkan Ketua Jabatan dan dianggap tugas rasmi selain honoranium ditentukan oleh Perbendaharaan.
Selain itu, ia bukanlah untuk faedah diri, saudara-mara dan badan bukan berasaskan keuntungan dengan kebenaran Ketua Jabatan.
Ia juga perlu di luar waktu bekerja, tidak menjejaskan prestasi pegawai, serta tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam sendiri.
mat maselan nie tak leh dianggap pandai lagi laa kalau setakat CGPA tinggi cam tu pun..... |
|
|
|
|
|
|
|
ngarut je. sedap je cakap..
patutnya xyah kasi naik harga.. so xde la mslh kena kerja lebih
root cause xsetel |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tipuware at 28-12-2015 04:54 PM
kalau 2 kerja pada satu masa yg so far aku tgk kawan2 aku cam dapat balance work-life dan takde la tertekan sangat dengan keja kedua ni, biasanya kerja yang bermusim dan bukan hari2. so far kawan2 sekeliling aku yg aku tengok ada side income, business diorang buat cam tupperware, amik upah buat kek dan biskut utk doorgift apa2 majlis, catering utk small potluck, handle candies buffet, drive anak2 kawan ke sekolah yang sama, amik tempahan biskut raya, ajar kelas piano, jual brooch dan tudung kat surau, jual breakfast kat tempat kerja, runner kuih raya, design artwork, gubah hantaran, jahit baju kurung..
hari tu aku tengok jiran aku ada amik servis basuh kete di rumah. orang tu datang dan bersihkan kete, dia dah bawa segala sabun semua. cuma jiran aku sponsor elektrik dan air. tengok cam untung gak, pasal tetiba dari satu rumah ke rumah yang lain mamat tu gi. laki aku nak skali, tapi diorang tolak pasal dah nak balik.
Duit takde la banyak sekaligus dan takde la ko terus kaya. tapi aku perasan duit diorang tak penah putus. tu yang aku perasan la. so duit side income tu cover belanja2 yang tak cukup budget.
|
|
|
|
|
|
|
|
btul tu..aku stuju...
aku skrg ni wat 2 kerja
ni pon trasa nk kene wat 3 kerja etc: meniaga on9...
pak menteri otak kat lutut...
|
|
|
|
|
|
|
|
ahmad maslam got three jobs and fivehead |
|
|
|
|
|
|
|
btul sy pon prasan mcm tu...
tp di antara kita kat rakyat mlysia ni xsume mcm tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Memanglah boleh buat #2kerja tu.. tapi kalau pulangan pun xmemberangsangkan, agak susah jgk lahh.. yg maslan nak suruh org buat byk2 kerja knp??? Kerajaan dan xde idea nak majukan negara?? Dah buntu?? Sampai susahkan rakyat sendiri.. Duduk atas bolehlah cakap camtu.. Cubalah bergaji 2k, baru rasa macam mana... |
|
|
|
|
|
|
|
Sy pun 3 kerja kut..tapi gaji kerja ketiga tak masuk2 lagi..sedang menunggu hari..
Secara amnya..sy kerja extra 3-5malam seminggu..rasa nak mati gak..tapi seronok sebab takyah keluar duit dari bank..selalu ade duit cash dalam tangan..walaupun ciput..semoga murah rezeki selalu.. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa pula buat fitnah krajaan tak bantu ni?
kan kerajaan memahami kesusahan rakyat, aritu Najib murah hati bagi diskaun untuk pengangkutan awam... |
|
|
|
|
|
|
|
sambil2 kerja tu .. buat bisness online, bile kantoi ngan boss ... bagitau pak muntri suruh buat |
|
|
|
|
|
|
|
Bila buat 2 kerja, bermakna lebih CUKAI PENDAPATAN utk kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_shalom at 29-12-2015 09:45 AM
Antara kelemahan ketara Najib adalah tidak mampu untuk mengawal jemaah menterinya daripada mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak shingga menyakitkan hati rakyat...
Selain tidak bijak, atas kapasiti apa menteri MITI mengeluarkan kenyataan mcm tu? itu bukan dibawah bidang dia...carca merba Malaysia ni...
Kalau dikalangan jemaah menteri sendiri dah x tau tanggungjawab dan tugas2 masing2...suka2 mengeluarkan kenyataan mlangkaui folio masing2...hadap jer la malaysia dengan jemaah menteri skrg ni....lansung x sistematik
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa makin lama makin menjadi jadi menteri menteri ni keluarkan kenyataan yang engguris hati rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah akhirnya mat maslan sedar kos hidup makin menbebankan
Dulu aku ingat lgi ada forumer ckp gst tidak membebankan
@MelahJanda terus hilang xberani backup gst lgi |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_shalom replied at 29-12-2015 09:38 AM
Antara kelemahan ketara Najib adalah tidak mampu untuk mengawal jemaah menterinya daripada mengeluar ...
Maslan ni ingat dia masih pegang jawatan lama. Memang caca merba sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
pagi-petang : pergi kerja
petang-malam : jadi suri rumah
#2kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Oh Maslan...akhirnya ko muncul lagi sebagai juara dalam carta badut tak berotak. Welcome bek. |
|
|
|
|
|
|
|
Bg idea yg lebih baik sikit laa mat.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau la jawatan dia x panjang..ahmad ni akan tatap dikenang rakyat 10 kturunan sebagai badut....
ingat "derma daaareeee' ingat sami vellu..gitu la kekdahnya...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|