Brader, anda sering kerja lebih masa hingga membawa hal pekerjaan ke rumah? Anda mungkin seorang workaholic (ketagih kerja keras).
Dipetik dari Psychologytoday, pakar menyatakan workaholism merupakan salah satu dari gangguan peribadi. Mereka yang workaholic adalah mereka yang sangat ketagih bekerja hingga seringkali melupakan aspek lain dalam kehidupan sosial.
Untuk mengetahui apakah anda workaholic atau tidak, berikut ini ada 5 pertanyaan yang boleh anda lihat pada diri anda, dipetik dari detik.com :
#1 - Apakah bekerja pada tengah malam dan hari cuti sudah menjadi sebahagian dari diri anda?
#2 - Apakah anda semakin jarang menghabiskan waktu bersama teman, keluarga, serta tidak ada lagi waktu bersosial?
#3 - Apakah anda sekarang selalu merasa tertinggal sehingga anda merasa makan, berborak, dan bergerak lebih cepat dari kebiasaannya?
#4 - Bagaimana keadaan kesihatan anda? Adakah anda sering stres?
#5 - Adakah anda jadi kurang fokus anda sehingga menyebabkan produktiviti anda semakin menurun?
Jika anda menjawab YA untuk sekurang-kurangnya 3 dari soalan diatas bermakna anda tergolong dalam golongan workaholic. Bekerja secara berlebihan boleh mendatangkan banyak keburukan pada seseorang. Oleh itu, anda perlu TOLONG DIRI anda untuk membahagikan masa secukupnya dengan aktiviti lain.
Ingat! Hidup bukan untuk bekerja semata-mata. Nikmati hidup sepuas-puasnya. - CARI Infonet.