|
"Mak, ayah dan adik ke Terengganu kerana terlalu rindu dengan cucu sulung keluarga kami, Ahmad Eaden Yusuff Ahmad Idris, yang baru berumur 33 hari."
Tidak sangka is berakhir dengan tragedi," kata Rusifah Abdul Rahim, 33, ketika ditemui di Kampung Alma.
Rusifah ialah anak sulung kepada Hasiah Osman, 57, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kilometer 14 Jalan Jeli-Gerik, awal pagi kemarin.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah adik bongsu Rusifah, Amir Abdul Rahim, 16, manakala bapanya, Abdul Rahim Hashim, 68, tidak mengalami kecederaan.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, bas yang membawa 30 penumpang dari Taiping, Perak menghala ke Kuala Terengganu terbabit kemalangan dengan sebuah lori muatan papan lapis dari arah bertentangan, mengakibatkan empat maut dan 26 lagi cedera.
Selain Hasiah dan anak bongsunya, dua penumpang lain yang terkorban dalam nahas itu adalah Nur Afiqah Alimi Mohd Ali, 19 dan Mohd Syafik Azrol Azni, 25, dari Terengganu.- CARI Infonet
Berita selanjutnya: http://www.bernama.com/ |
|