CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4659|Reply: 20

Kisah Benar Keharmonian Kaum Yang Menyentuh Hati

[Copy link]
Post time 21-12-2015 12:42 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO




Kebanyakan ahli politik berulang kali mempermainkan sentimen perkauman dan mengapi-apikan emosi masyarakat negara ini, keadaan sedemikian amat membimbangkan.


Oleh sebab itu terdapat seorang netizen bertindak berkongsi pengalaman yang pernah dialami dirinya, dengan harapan dapat mewujudkan suasana muhibah dan membina satu jalinan hubungan akrab antara kaum.


Baru-baru ini, catatan yang dimuat naik oleh seorang netizen bernama Wayne Phang disebar secara meluas di sosial media, menimbulkan perbincangan hangat di media sosial dan rata-rata netizen rasa terharu dengan perbuatan Wayne Phang.













Al-kisahnya adalah pada suatu hari, ketika Wayne Phang balik lewat malam pada kira-kira 4 pagi, terserempak seorang wanita Melayu mendukung anaknya sambil berjalan di tepi jalan, dan di depan kawasan yang tidak jauh dari situ kelihatan pula suaminya sedang menolak motorsikal.




Ketika itu, dalam hati Wayne Phang memikirkan keadaan yang dihadapi oleh wanita Melayu itu dan suaminya mungkin adalah kerana kehabisan minyak motorsikal.




Oleh kerana tidak jauh dari situ terdapat stesen minyak Shell, jadi saya pun tanya wanita Melayu tersebut nak pergi mana, nak ke tumpang kereta?




Namun, wanita Melayu tersebut menjawab : "Tak apa, suami saya ada di depan."




Menurut Wayne Phang, ketka itu kelihatan wanita tersebut berwajah penat sambil kena mendukung anaknya yang sedang tidur nyenyak, jadi Wayne pun segera pergi ke depan untuk besapa dengan suaminya.




"Bang, motorsikal kehabisan minyak ke? Di depan terdapat stesen minyak Shell, isteri bang kelihatan agak penat, amat kesian, apa kata saya bawa mereka dengan kereta saya ke stesen minyak itu, biarlah mereka tunggu bang di sana. Lepas itu, saya bantu beli petrol, bang hanya perlu tunggu saya di sini sahaja."




" Minyak masih ada sikit lagi, cukup untuk balik ke rumah, tapi tayar motorsikal bocor angin."




Menurut Wayne Phang, pada masa itu dalam hatinya terfikir, teruklah kali ini,  sekarang dah lewat malam, mana ada bengkel motosikal masih buka? Namun demikian, lelaki Melayu itu beritahu : " tak mengapa, kami jalan perlahan-lahan akan sampai ke rumah."




Justeru, Wayne pun mencadangkan kepada lelaki Melayu itu  supaya motorsikal itu ditolak sehingga ke Stesen Minyak dulu dan dia pula membawa anak bininya dengan kereta ke stesen minyak. Kemudian berbincang dengan pemilik stesen minyak itu untuk membenarkan motorsikal mereka disimpan semalam di stesen minyak.




"ada keesokan hari, abang barulah datang sekali dengan pembaiki motorsikal untuk mengambil motorsikal, biarkan sekarang saya bawa abang dan anak bini balik ke rumah dulu."




Tetapi, lelaki Melayu itu pula beritahu Wayne dengan perasaan segan : " Kereta encik adalah kereta mewah BMW, kami orang miskin yang hanya mengutip kotak lama."




Namun, Wayne tetap secara ikhlas menasihat lelaki tersebut : " bang, tengoklah isteri dan anak abang dah penat, ikut sajalah apa yang saya cadangkan itu."




Menurut Wayne, ketika dalam perjalanan bawa mereka sekeluarga balik ke rumah, barulah sedar jika mereka berjalan dari Persiaran Raja MUda di daerah Klang balik ke rumah yang terletak di Pulau Indah, pastinya berjalan sampai matahari sudah terbit baru boleh sampai ke rumah mereka.




Semasa perjalanan, kami melalui sebuah restoran ayam goreng KFC, anak kepada kedua suami isteri tersebut tiba-tiba menjerit : "saya nak KFC!"  Ibunya segera menutup mulut anaknya dengan tangan.


"You orang sudah makan ke belum?"


"Encik, tak mengapa, kami tidak lapar."




Wayne Phang rasa tersentuh hati, terus membuat pusing U patah balik ke restoran KFC untuk beli makanan sambil bawa sekali budak tersebut.


"Adik, nak makan apa?"


"Abang saya suka makan ayam goreng"




Menurut Wayne lagi, barulah dia ketahui budak itu masih ada seorang abang berada di rumah yang masih belum makan lagi juga.  "Jadi, saya pun beli satu barrel ayam goreng termasuk crispier fries, butterscotch bun dan minuman soda."




" Apabila tiba di rumahnya, saya hulurkan RM300 kepada lelaki Melayu itu untuk dia menukar tayar motorsikal dan mengisi petrol."




"Saya turut memberi alamat rumah saya kepadanya dan beritahu bahawa mereka boleh datang ke kedai saya untuk mengutip kotak lama. Saya yakin loggokan kotak lama yang berada di kedai saya itu sekiranya dijual oleh mereka, pastinya mereka mampu memperolehi keuntungan sekurang-kurangnya RM1500, semoga dengan jumlah wang tersebut sedikit-sebanyak boleh membantu saraan hidup seisi keluarga mereka."




Wayne Phang akhirnya mengatakan : " Sebenarnya, oang Cina di negara ini tidak sama sekali rasa benci terhadap orang Melayu, saya suka berkawan dengan orang Melayu kerana kebanyakan mereka baik hati dan ikhlas.




Tambah Wayne, saya mempunyai ramai kawan Melayu, tetapi amat dikesali kita semua sering dipergunakan oleh para ahli politik yang berkepentingan diri sehinggakan wujudnya sentimen permusuhan dan prasangka antara kaum.




" Berbuat baik biarlah bermula dari diri kita sendiri, semagat perpaduan antara kaum perlu disemai pada jiwa setiap rakyat Malaysia, diharapkan keharmonian kaum dapat dipertahankan demi negara kita yang tercinta."- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 12:44 PM | Show all posts
bangkem paling benci bila orang cerita kebaikan yang dia sendiri buat kat fesbuk...

baru buat benda baik sikit dah kecoh kat fesbuk...

nampak sangat sebelum ni tak pernah buat benda baik
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 12:48 PM | Show all posts
bila ada kes gaduh Melayu Cina je keluar la kisah2 menhayat ati nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pura2 baik konon..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sikit pon ta tersentuh..puii ! drama jah lebih
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 01:22 PM | Show all posts
Layan je lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2015 01:27 PM | Show all posts
mungkin ada yang mcmni tp sangat rare.. huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
1.Minta keluarga berkenaan mengesahkn citer ni.2.klo benar brapa ramai org cmni wujud lg terutama kt LK.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 01:43 PM | Show all posts
lbh kepada show off. pki kete bmw bg duit beli tu ni, kl btul2 ikhlas takpyh bgtau semua secara terperinci. very fishy disebalik kfc.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 01:57 PM | Show all posts
Orang yang ikhlas berbuat baik ini tidak menghebohkan perbuatan baik itu tetapi kesannya dirasai masyarakat sekeliling.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 03:05 PM | Show all posts
moral : setiapkali ade kisah cina menipu, akan ada kisah2 cina baik. sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kfc, rm300, rm1500, bmw ...moralnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tipulah jual kotak dpt rm1500...lainla klu kedai ko besar kapal kontena
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 09:15 AM | Show all posts
hmm

siap ada gambar selpie sebagai lampiran
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:35 AM | Show all posts
kalau benar dia dah menolong keluarga itu, dia buat lebih dr kita,
kalau tak benar kita amek nilai2 murni didalam cerita ini..
Jgn tipikal sangat..
Sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg susah kita2 ni nak bersangka baik... Sangka baik ley dpt pahala.. sbb sekurang2 hati berdetik kata... apa yg aku lak pernah buat utk bantu org lain...Kita dok ckp bkn2 punx de faedah... amik aja lah ikhtibar dari cerita ni walau x tentu kesahihannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian family tu..moga dmurahkan rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 07:45 AM | Show all posts
zaman facebook, buat kebaikan mesti kena bagitau facebook.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:59 AM | Show all posts
Banyak lagi kisah2 mcm ni yg terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 12:15 PM | Show all posts
AKU PERNAH TINGGAL DIJINJANG DAN KEPONG TEMPAT KAUM CINA...KAWAN AKU PUN RAMAI CINA CUMA AKU TAK SUKA DAPigs JE...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.176431 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list