|
sumber foto : http://img.astroawani.com/
Adalah tidak wajar apabila Majlis Tertinggi (MT) Umno menidakkan tradisi Umno selama ini di mana timbalan presiden akan berucap pada majlis pelancaran sayap-sayap parti pada Perhimpunan Agung Umno.
Demikian yang disebutkan oleh Datuk Seri Shafie Apdal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada Disember ini.
Menurut beliau yang juga naib Presiden Umno, adalah menjadi kebiasaan bagi ahli-ahli Umno untuk mendengar ucapan, pandangan dan harapan bukan hanya daripada presiden parti, bahkan suara akar umbi, termasuk timbalan presiden parti, naib-naib presiden dan juga para perwakilan.
Shafie juga mengimbas pengalaman pertamanya menghadiri Perhimpunan Agung Umno pada tahun 70-an bersama bapanya, Tun Sakaran.
Beliau berkata, pada masa itu halwa telinga disajikan dengan ucapan-ucapan yang bernas, walaupun ada teguran-teguran lantang dibuat.
Mengenai kehendak ketua-ketua sayap untuk merasmikan sendiri persidangan sayap, Shafie berkata beliau menghormatinya sebagai satu keputusan kolektif.
Berita selanjutnya: malaysiakini.com |
|