|
Oleh : TS LOO
sumber foto : http://images1.friendseat.com/
Sejak dunia hiburan Korea menjadi popular di seluruh dunia termasuk di Asean, ramai rakyat Malaysia yang minat menonton drama Korea kelihatan terpengaruh dengan makanan orang Korea.
Antara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Kimchi yang merupakan jeruk Korea, khususnya sajian Kimchi dimasak dengan daging, keenakan nya memang menjilat jari.
sumber foto : http://d2i7hmnf1hrt1b.cloudfront.net/
Berikutan beli secara bungkus di luar seperti restoran atau gerai makan, harganya bukan murah, jadi lebih berbaloi dan menjimatkan, jika kita menghasilkan Kimchi dengan membeli sayur kobis yang segar dan menjerukkannya ikut selera sendiri.
Bahan-bahan makanan:
Kubis sebiji
Lobak Merah sebatang
Lobak putih sebatang
Sayur 'Leek' sebiji
Bawang seketul
Cili merah 3 ulas
Bahan sos :
Bawang putih 6 ulas kecil
Halia seketul kecil
Sos ikan 4 sudu besar
Belacan 2 sudu besar
Bawang merah 1/4 biji
Tepung beras pulut 2 sudu besar
serbuk cili ikut kandungan
Buah pear sebiji
sumber foto : http://www.korea.net/
Cara-cara membuat :
1) Kobis dibahagikan kepada 4 potongan, setiap helai daun dibuka dan ditaburkan dengan garam, letak dalam bilik selama 4 jam atau letak dalam peti sejuk satu malam.
2) Ambil cili, bawang, lobak merah, lobak putih dan sayur 'Leek' dipotong sehelai-helai.
3) Bawang putih, halia, bawang merah, buah pear digisar sekali menjadi lecek, lepas itu tambah belacan, sos ikan kacau sekali lagi. Selain itu, bubuh dua sudu besar tepung beras pulut dan masak dengan air sehingga menjadi seperti bubur.
4) Ambil hasil sos yang dibuat dalam langkah ke3 itu digaul secara rata dalam sayur yang sudah dipotong siap. Lepas itu, tambah serbuk cili mengikut kehandak masing-masing, dan biarkan satu jam supaya rasanya dapat diserap masuk.
5) Keluarkan kobis yang siap dikeringkan itu, guna air basuhkannya sekali, lepas itu sapu dengan teliti sos yang siap digaul itu pada setiap helai daun kobis tersebut dan masuk ke dalam bekas dan tutup secara 'seal', letak sekali lagi dalam peti sejuk selama 2 minggu, lepas itu bolehlah makannya. Kalau anda gemar makan Kimchi yang rasanya masam, maka simpanlah dalam peti sejuk selama 2 bulan biar dia menapai menjadi Kimchi masam yang sememangnya sedap.
Tip-tip lain :
1) Rasanya boleh ditukar-tukar mengikut selera masing-masing, kalau rasa terlalu masin boleh tambah setengah biji buah pear, jika rasa tidak cukup masin, bolehlah tambah banyak sikit sos ikan tanpa membubuh garam, kerana sos ikan boleh dikatakan agak masin.
2) Rasa Kimchi boleh juga dipertingkatkan dengan mencampurkan sos gula berjagung semasa mengaulkan sayur bersama sos yang lain. |
|