CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11794|Reply: 0

Lelaki, Anda Perlu Kenal 8 Ciri Perempuan Mata Duitan!

[Copy link]
Post time 26-11-2015 08:41 PM | Show all posts |Read mode


Adakah sekarang anda merasakan kekasih anda terlalu mata duitan atau materialistik?Istilah mata duitan ini sangat sinonim dengan perempuan sehinggakan kadangkala kaum lelaki tertanya-tanya “Adakah perempuan ini ikhlas hendakkan aku atau sekadar nakkan duit aku sahaja?”
Lebih malang lagi sekiranya kekasih anda itu beralih arah kepada lelaki lain setelah anda tidak mampu lagi untuk memenuhi kehendaknya. Kepada lelaki di luar sana,jom kenali serba sedikit ciri-ciri perempuan mata duitan supaya anda tidak lagi tertipu dengan cinta palsu mereka.
Ciri-Ciri Perempuan Mata Duitan

Tips Elak Menjadi Mangsa Perempuan Mata Duitan
Walaupun dipujuk rayu dengan kata-kata manis, jangan termakan janji manisnya. Anda dinasihatkan supaya jangan mudah tersentuh hati atau tewas dalam pujuk rayu perempuan mata duitan ini. Tegaskan pendirian anda dan keraskan hati.
  • Jangan Bermurah Hati
Berikan beberapa syarat kepada kekasih anda ketika keluar dan jangan sesekali memberi muka kepada dia dengan mengeluarkan wang sendiri. Jika dia yang mengajak anda keluar biarkan perempuan mata duitan itu yang mengeluarkan duit untuk berbelanja.
Jika kekasih anda ingin meminjam wang dengan kerap kali, berikan alasan yang munasabah supaya diri tidak terjerat dengan lakonan palsu si dia dan berani TIDAK. Pastinya dia segan dan berasa malu untuk meminta-minta wang dari anda.
  • Pura-Pura Tiada Duit
Lelaki juga harus bijak dalam berpura-pura. Cubalah berpura-pura tidak mempunyai wang atau berikan seberapa banyak alasan seperti akaun bank ada masalah atau belum terima gaji.
  • Putuskan Hubungan
Tindakan ini yang patut anda lakukan pada awal sekiranya anda tidak mahu duit anda habis ke perempuan mata duitan ini. Putuskan saja hubungan dengan dia. Mungkin ada yang lebih baik menanti anda di luar sana.
Kesimpulan
Kepada lelaki di luar sana,pastikan anda tidak mudah tertipu dan hanyut dengan pujuk rayu perempuan mata duitan ini. Kepada wanita pula,janganlah menjadi seorang perempuan yang materialistik. Kalau anda merasakan diri sendiri tidak mampu, jangan pula mencari ‘mangsa’ untuk memenuhi segala keinginan anda yang tinggi itu. Berusaha dan berbelanja mengikut kemampuan anda.
Kredit foto: womenpla.net
http://www.wom.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054673 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list