CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2569|Reply: 0

Tips Menjadi Lelaki Kacak Yang Digilai Ramai Wanita

[Copy link]
Post time 26-11-2015 08:22 PM | Show all posts |Read mode


Tips Lelaki Kacak. Adakah anda ingin tahu tips menjadi lelaki kacak di mata wanita?
Sebenarnya ada banyak sekali cara untuk menjadi lelaki kacak yang boleh menarik perhatian wanita.Menjaga kecantikan selalunya sinomin dengan golongan wanita, namun golongan lelaki zaman kini juga tidak mahu ketinggalan dalam menjaga kulit wajah yang merupakan aset mereka.
Penjagaan kulit wajah ini amat penting agar kelihatan segar sentiasa. Jadi, di sini terdapat beberapa tip yang boleh membantu untuk mendapatkan wajah yang sempurna tanpa sebarang cela.
Berikut beberapa tips menjadi lelaki kacak yang bakal digilai oleh ramai wanita.
1. Penjagaan Wajah
Ini merupakan asas dalam penjagaan wajah. Bukan sekadar membersihkan, tetapi sebagai lelaki anda juga harus mengenali kulit wajah anda. Kulit lelaki berbeza dari kulit wanita kerana lelaki mempunyai liang roma yang lebih besar dan kelenjar sebum yang sangat aktif. Jangan sesekali membersihkan wajah anda dengan menggunakan sabun buku badan kerana ini akan menyebabkan kulit wajah semakin kering.
Minyak yang terdapat di muka amat bagus tetapi jika dibiarkan berlebihan akan menyebabkan liang roma tersumbat dan mendatangkan gejala jerawat.Sekurang-kurangnya,basuhlah wajah anda menggunakan produk wajah yang sesuai walaupun hanya sekali dalam sehari.
2. Menggunakan Scrub Muka
Rajin-rajinkan diri anda menggunakan scrub di muka untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Jika anda konsisten, anda pasti dapat melihat kesannya di wajah.

3. Pakai Pelembab
Amalan bercukur pada setiap hari bakal menyebabkan kulit wajah anda semakin kering kerana wajah kehilangan bahan semula jadi yang melembapkan kulit.Oleh itu, penggunaan pelembab di wajah amatlah digalakkan bagi mengembalikan semula kelembapan di wajah anda.Kesannya, tiada lagi kesan sel-sel kulit mati yang kelihatan di muka.

Tahukah anda golongan lelaki mudah mendapat lingkaran di bawah mata kerana tekanan harian? Kekurangan penjagaan di sekitar kawasan ini akan membuatkan kedut-kedut mula kelihatan lebih cepat dari tempoh sepatutnya. Penggunaan krim mata yang sesuai mampu mengurangkanlebam di bawah mata.
* Selain itu, anda juga boleh mengamalkan makanan tambahan untuk meningkatkan tenaga dan juga mengamalkan produk kecantikan yang terdapat di pasaran.


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.066386 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list