View: 6068|Reply: 3
|
Diami Percutian Di Enderong Resort, Janda Baik
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Cuti sekolah dah pun tiba. Ke mana nak bawa anak-anak bercuti? Apa kata rancanglah untuk bermalam di Enderong Resort. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga.
Enderong Resort di Janda Baik Pahang ini merupakan destinasi percutian yang menenangkan jauh dari kebingitan bandar. Enderong Resort adalah tempat percutian alam semula jadi di tanah tinggi yang dinamakan sempena Sungei Enderong, aliran gunung mengalir turun dari Banjaran Titiwangsa melalui Enderong Valley di tengah-tengah hutan hujan tanah tinggi.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Enderong Resort ini menggunakan Lebuhraya Karak mengambil masa lebih kurang 40 minit.
Kenderaan yang dibenarkan sahaja akan dibenarkan masuk ke dalam Enderong Resort oleh anggota keselamatan di Rumah Pengawal pintu masuk. Oleh itu, semua kenderaan yang membawa tetamu dan pengunjung ke Enderong Resort mesti didaftarkan dengan kakitangan resort terlebih awal sebelum ketibaan untuk masuk.
Hanya 50 kilometer (km0 dari pusat bandar dan 40 minit dari Kuala Lumpur, anda akan terkejut bahawa syurga percutian ini begitu mudah diakses dan berhampiran dengan bandar. Anda pasti terpesona jika berada di sini!
Enderong Resort ini terdiri daripada Enderong House, Rooms Annex & Hall and Cottage dan mempunyai 18 bilik dengan kapasiti penginapan semasa untuk 58 tetamu yang menginap. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik. harga pun mesti cantik |
|
|
|
|
|
|
|
harga dia 500 kalau weekend 370 ++ weekdays |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit2 sama macam shorea |
|
|
|
|
|
|
| |
|