CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5538|Reply: 53

[Tempatan] ADUN PKR Menangis, Kecewa Kawasannya Diabai Kerajaan P.Pinang

[Copy link]
Post time 20-11-2015 08:46 AM | Show all posts |Read mode
ADUN PKR Menangis, Kecewa Kawasannya Diabai Kerajaan P.Pinang
Posted on November 20, 2015 by Abdul Mursyid Zainuddin|



                                PULAU PINANG – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam dikejutkan dengan tangisan Dr. Norela Ariffin (PKR-Penanti) yang kecewa kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kawasannya.

Norela berkata, beliau berasa sedih kerana kerajaan negeri tidak mahu memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk di 28 kampung dalam DUN Penanti yang tersepit kerana tiada kemudahan asas.

Katanya, setiap soalan yang ditanya dalam DUN sejak Isnin lalu tidak dijawab malahan ditolak oleh satu Exco kepada Exco lain.

“Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan. Tahukah kerajaan negeri bahawa saya membawa suara orang kampung yang mana di kawasan kami tidak ada kemudahan seperti di kawasan lain?” kata­nya yang menangis teresak-esak dan ditenangkan Lydia Ong Kok Fooi (DAP-Berapit).

Norela berkata, DAP sebagai parti demokratik sosialis seharusnya memahami masalah rakyat bawahan dan penduduk kampung, namun perkara itu tidak berlaku di Penanti.

“Apa yang saya hendak cakap kepada orang kampung, masalah banjir lumpur yang tidak diselesaikan, masalah kilang haram, jeti yang tidak dilengkapi kemudahan asas sehingga gagal digunakan nelayan… saya bawa suara orang kampung, kenapa kerajaan negeri tidak mahu faham, mengabaikan Penanti,” tegasnya.

Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) kemudian bangkit menyatakan sokongan kepada Norela sambil mendakwa itulah realiti sebenar yang dihadapi penduduk di negeri ini di bawah pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sokongan Roslan itu menyebabkan wakil penyokong kerajaan ne­geri lain berang dan berlaku pertengkaran sehingga terpaksa ditenangkan oleh Timbalan Spea­ker, Datuk Makhtar Shapee.

Kritikan keras Norela terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang turut tidak disenangi oleh Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim.

Abdul Malik (PKR-Batu Maung) berkata, tuduhan Norela tidak adil kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyebut terdapat peruntukan disalurkan kepada Permatang Pauh.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnor (PKR-Pantai Jerejak) turut campur tangan apabila meminta Abdul Malik bertenang dan menurutnya, masalah yang diutarakan Norela perlu dibincang secara mendalam.

Norela yang masih gagal mengawal emosi kemudian bangkit menyanggah Abdul Malik dengan mendakwa semua peruntukan yang disebut itu bukan disalurkan kepada kawasannya sebaliknya untuk DUN Permatang Pasir dan Seberang Jaya.

“Tahukah bahawa penduduk kampung di sana terperangkap disebabkan kekurangan infrastruktur di kawasan berkenaan? Kami terpinggir, tiada pengangkutan awam serta kemudahan mesin pengeluaran automatik (ATM),” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Law Heng Kiang (DAP-Batu Lancang) yang berbahas sebelum itu menjelaskan isu infrastruktur yang dibangkitkan Norela bukan berada di bawah bidang kuasanya walaupun soalan asal yang dikemukakan adalah berkaitan perancangan rumah inap desa di Penanti.

R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian turut masuk campur dengan mengatakan sidang DUN bukan hanya untuk membincangkan masalah di Penanti dan Berapit sahaja. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 08:58 AM | Show all posts
haaaa... haaa.. kalau dah sebut kampung tu mana DAP berminat.
Dia org nak kawsan bandar yg majoritinya org2 cina.. senang cerita sebab kat bandar hampir semua kemudahan dan keperluan telah tersedia. Tak perlu nak fikir nak buat apa. Ambik hati pengundi majoriti dan pola pengundian berdasarkan sentimen kaum.. selagi wujudnya perlbagai kaum selagi itulah wujudnya perasaan perkauman. Jgn nak tipu la...

Matila lepas ni... terus aku dicop sbg cai umgok Yg komplen menanggis2 ni pun org PKR
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:03 AM | Show all posts
buat apa jaga org melayu di PP...bukan boleh mempengaruhi keputusan undi pun....jaga yg majority cukuplah...tapi BN bodoh juga...di kerejaan persekutuan yg majority sokong BN tak dijaga...apa mcm next PRU?????
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:04 AM | Show all posts
tgk muka yg kat blkg pompuan tu menyakitkan ati jer
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:05 AM | Show all posts
bangsat sgt aku baca stetmen  adun seri delima tu.typical sgt .mcm ajk masjid kat tempat aku.tanak bincang kata ini masalah ko ...byk lagi masalah lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
MP kat sabah bila nak menangis kat parlimen?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2015 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
MP kat sabah bila nak menangis kat parlimen?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Beliau contoh wakil rakyat yg ikhlas buat keje..semoga kerajaan negeri bantu beliau dan org kampung tersebut..jgnla pilih kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 09:34 AM | Show all posts
tu la,
nak sangat kowtim dengan cina komunis DAP

tengok ADUN parti2 lain bawah komponen BN,
MCA, gerakan, MIC

mana ada sampai menangis minta allocation
ka apa ka

rasakanlah balasan jadi barua cina komunis DAP
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:40 AM | Show all posts
Kelaka dijek ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:51 AM | Show all posts
R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian turut masuk campur dengan mengatakan sidang DUN bukan hanya untuk membincangkan masalah di Penanti dan Berapit sahaja.



tengok cara dia matikan topik, dah tu sidang DUN bincang apa? pasal rayer ni punya masalah otak kurang berfungsi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:53 AM | Show all posts
Edited by zach2008 at 20-11-2015 09:55 AM

Thread mcm ni tak kan ke mana dan tak ada sambutan.
Bukak la byk2 pun. Mcm kes nurul izzah tu la vs kes sabri telor penyu

YB2 ni tau, dia org buat apa akan ada totok mereka akan back up tak kira sebesar mana pun salah mereka
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 09:57 AM | Show all posts
zach2008 replied at 20-11-2015 08:58 AM
haaaa... haaa.. kalau dah sebut kampung tu mana DAP berminat.
Dia org nak kawsan bandar yg majoriti ...

DAP adalah sebuah parti berbilang bangsa yang terdiri dari kaum melayu, cina , india , singh, iban, kadazan dan lain lain

mp dap ada berkuturunan melayu
ada keturunan cina
ada bangsa india
ada dari singh

di sarawak, dap masuk kampung bina jalan, bekalkan air bersih

siapa kata dap nak bandar sahaja

dap adalah parti untuk semua


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka sapa nampak bodoh sekarang? Adakah sikap Pak Pandir,Pak Kaduk,Si Luncai masih wujud lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 10:05 AM | Show all posts
setakat ni kat pekan penanti cuma ada dua atm mesin
satu agro bank dan satu lagi aku x ingat
sekian ulasan anak jati penanti/permatang pauh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 10:05 AM | Show all posts

tak ada kelakarnya

terang2 melayu di pulau pinang
dipermainkan cina

pun masih jugak nak jilat
cina komunis DAP

dasar bodoh bertingkat2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 10:06 AM | Show all posts
dizek replied at 20-11-2015 09:34 AM
tu la,
nak sangat kowtim dengan cina komunis DAP

ok laa........ DAPig sudah belajar apa yg UMNO buat kat Kelantan selama nie   
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 10:07 AM | Show all posts
ladydutch replied at 20-11-2015 09:57 AM
DAP adalah sebuah parti berbilang bangsa yang terdiri dari kaum melayu, cina , india , singh, iban ...

buthow la berbilang bangsa

jadah haram komunis terang2
eksploitasi bangsa melayu

lagi ada barua nak percaya
kepada cina DAP lahanat

puii
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 10:09 AM | Show all posts
Acong replied at 20-11-2015 10:06 AM
ok laa........ DAPig sudah belajar apa yg UMNO buat kat Kelantan selama nie

taburan populasi melayu di kelantan seragam

berbeza jauh di pualu pinang, kawasan
melayu adalah di balik pulau


dan kawasan itulah yang sengaja dibiarkan
ketinggalan oleh cina komunis DAP




terang2 menunjukkan bangsat
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 10:11 AM | Show all posts
wannoorazlina replied at 20-11-2015 10:05 AM
setakat ni kat pekan penanti cuma ada dua atm mesin
satu agro bank dan satu lagi aku x ingat
sekia ...

nak mesin atm banyak banyak untuk pekan kecil ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.092404 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list