CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10988|Reply: 95

[Tempatan] Adenan Satem: Bahasa Inggris Akan Menjadi Bahasa Resmi Di Sarawak

[Copy link]
Post time 18-11-2015 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUCHING, Rabu – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa negerinya akan menjadi negeri pertama menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan akan diberi pilihan juga untuk menggunakan Bahasa Malaysia di samping bahasa Inggeris dalam dokumen rasmi.

“Pendirian saya kuat terhadap bahasa Inggeris telah mengguris sebahagian daripada nasionalis yang menuduh saya sebagai anti-nasionalis dan anti-patriotik. Bagi saya ini hanya menjadi realistik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2015 di Pusat Konvensyen Borneo hari ini.

Selain itu mengulas mengenai laporan baru-baru ini yang menyatakan lebih daripada 1,000 doktor di negara ini meninggalkan kerjaya disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris, Adenan berkata, perkara itu sangat menyedihkan dan membuktikan bahawa bahasa Inggeris tidak boleh diketepikan.

“Apa yang paling teruk apabila seramai 45,000 graduan mengganggur tidak boleh mendapat pekerjaan yang betul kerana ketidakmampuan mereka untuk bertutur dan menulis Bahasa Inggeris yang baik.

“Saya cuba menjadi praktikal di sini, jika kita tidak menangani masalah ini, kita akan menjadi seperti India satu hari nanti di mana pemegang ijazah sarjana terpaksa memandu teksi untuk menyara hidup,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 09:35 PM | Show all posts
patutnya guna bahasa ereb, bahasa surga

inggeris ni bahasa penjajah kapir

denan satem ni islam ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya cuba menjadi praktikal di sini, jika kita tidak menangani masalah ini, kita akan menjadi seperti India satu hari nanti di mana pemegang ijazah sarjana terpaksa memandu teksi untuk menyara hidup,” katanya.

bukan kt india bahssa rasmi dia english ke...?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa tak pakai bahasa dayak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Adnan satem dh mengong kot.sibuk psl henglish walhal rakyat swak sendiri terpinggir.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pembetulan...kerajaan negeri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2015 09:45 PM | Show all posts
jap lagi ada org bantai hujah, jepon korea tak perlu english untuk maju.. terus tertiarap pak denan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 09:47 PM | Show all posts
mainkan taktik perjanjian malaysia utk menang PRN akan datang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 10:06 PM | Show all posts
Nampak sangat Denan satem lupa makan ubat nyanyok lagi.  Mau guna bahasa inggeris macam mana sedangkan kakitangan kerajaan rata rata tak fasih ? Macam majoriti orang sarawak gak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Way to go Denan! Kipidap!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:30 PM | Show all posts
Hrp2 kjaan pusat berkrisis dgn denan psl isu ni, baru meriah skit lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan memang sebelum sertai persekutuan memang borneo bahasa rasminya inggeris... Lepas sertai persekutuan pun diantara perkara 18 sarawak, bahasa inggeria sebagai bahasa rasmi, seperi mana dlm fasal 20 Sabah.  Bagusla Tok Denan x sembah sangat dasar putrajaya...  
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols support je, biarlah melayu kat semenanjung ni mengamuk2, siapa yg terhegeh nakkan srwk, dlm pjanjian penubuhan msia dah terang tang tang yg english tu bhs rasmi srwk, melayu kalau nak sentap sile berambus dr srwk
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ok je..


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:51 PM | Show all posts
revolusi_30 replied at 18-11-2015 10:36 PM
Bukan memang sebelum sertai persekutuan memang borneo bahasa rasminya inggeris... Lepas sertai perse ...

yup..

sebelum ini kerajaan negeri menggunakan BM atas dasar semangat bahasa kebangsaan..tetapi pada masa yg sama...kerajaan negeri msh lg mengekalkan penggunaan b inggeris....bnyk juga dokumen/surat Kerajaan Negeri yg ditulis dlm english....DUN pun menggunakan english n melayu..

Selepas ini, dngr perubahan dasar kerajaan negeri..secara beransur2 akan guna sepenuhnhya englih kot..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 11:00 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-11-2015 10:51 PM
yup..

sebelum ini kerajaan negeri menggunakan BM atas dasar semangat bahasa kebangsaan..tetapi  ...

I is jealous.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 11:14 PM | Show all posts
Boleh, tapi Ahli Parlimen Sarawak lepas ni jangan pulak tergedik2 nak cakap BI kat parlimen hanya kerana tak fasih cakap Melayu seolah2 dewan parlimen tu macam bapak ko punyer!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba 'test' bdk 'gamen S'wak',nt terkebil-kebil org speaking.....sapa malu.....kang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 01:46 AM | Show all posts
mmg buang masa belajar bm
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah bagusnya Sarawak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.076408 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list